Saturday, October 25, 2008

Gelora

Gelora di tengah lautan
Amat dasyat dijana taufan
Gelora di dalam sanubari
Amat perit bila tidak diluahkan rasa hati

Ketika aku mengemudi mahligai terapung yang lengkap sifatnya
Sewaktu gelora besar melanda bersama percikan keputihan dipuncaknya
Tidak serik goyangnya
Dan terus dilambung terumbang ambing
Tidak ketentuan haluannya
Dan terus tercari cari arah alunan
Kadangkala terperangkap oleh kedatangan gelora berlainan arah
Kadangkala dikaburi oleh angin yang kencang dan hujan mencurah
Membuatkan aku terasa amat kecil sekali diri ini
Mengenang akan kebesaran Ilahi

Ketika aku merenung bulan dan bintang di cakerawala
Serwaktu laut kembali tenang dan langit diseri gemerlapan cahaya
Tidak serik pandanganku
Dan yang nampak bukannya alam semesta
Tidak berkelip mataku
Dan yang terbentang luas adalah insan tersayang jauh dimata
Kadangkala rindu ini berakar umbi dan tidak tertahan melawannya
Kadangkala rindu ini diulik ke alam mimpi dan terasa untuk terus lena
Membuatkan aku terasa amat siksa sekali diri ini
Memendam rasa dan impian isi hati


Faizal Yusof
IOS Andari 1
Mooring Bouy No. 1
Arthit Gas Field
07th August 2008 / 2100 hrs

Wednesday, October 22, 2008

MOORING BOUY

Di tengah tengah lautan nun jauh di Teluk Siam
Dengan kedalaman dasar yang tidak terhitung jarak
Dilabuhkan sauh bersama rantainya yang panjang
Disambungkan pula dengan pennant wire yang tahan karat
Diapungkan oleh boya yang besar dan warnanya terang
Tetap timbul dan terus gagah bertahan bila dipukul ombak
Kemuncak boya diikat mooring rope bersama tali anak
Disediakan sebegini rupa buat kapal supply yang tidak bergerak
Walau sebesar mana badai melanda ianya tetap tertambat
Sementara menanti arahan dari radio Operator di pelantar minyak

Bisakah aku hidup begini dalam dua alam yang berbeza
Mereka tenang di atas pelantar dengan tiangnya menusuk bumi
Kami terumbang ambing dengan haluan tak ketentuan dikemudi cuaca
Mereka kerja dan pulang dengan hitungan minggu bersilih ganti
Kami pula setia menanti menghitung beberapa kali bertukarnya bulan purnama
Ayuh bebaskan kami dari ditambat agar bisa hidup sebagai pelaut sejati
Pelaut yang bebas mengemudi seperti bebasnya burung berterbangan di udara

Faizal Yusof
1100 hrs
22nd June 2008
ARTHIT GAS FIELD

Tuesday, October 21, 2008

Dikir Anak Kapal
( Faizal Yusof – IOS Andari 1 – Teluk Siam – 1/06/2008 2100hrs )

Ambo nak cerita
Kisah kelasi kapal
Pergi belayar lama lama
Cari hasil buat bekal

Beratnya dalam hati
Tinggal anak tinggal isteri
Janji sehidup semati
Cukup masa balik lagi

Ohhhh inilah kisah kelasi kapal
Ohhhh moga orang tahu hidup pelayar

Bermula tinggal pelabuhan
Menempuh arus tempuh gelombang
Daratan makin hilang
Kaki langit jadi bulatan

Ditengah tengah lautan
Dugaan datang bermacam macam
Ditimpa hujan ribut dan taufan
Dok kira siapa ingat ko Tuhan

Bila tiba ditempat orang
Macam macam peangai macam macam ragam
Mana yang baik jadi tauladan
Mana yang buruk jadi sempadan

Ohhhh inilah kisah kelasi kapal
Ohhhh moga orang tahu hidup pelayar

Berbanding dengan dulu dulu
Anak kapal sekarang sudahlah maju
Cerita buruk waktu dulu
Zaman sekarang dah tak laku

Arak judi perempuan
Tiga perkara jadi sebutan
Kelasi kapal bahan sasaran
Tuduhan kekal hingga sekarang

Ohhhh inilah kisah kelasi kapal
Ohhhh moga orang tahu hidup pelayar

Persepsi susah nak ubah
Cari pasangan dihalang ayah
Kata dua sebelum nikah
Kalu dengan mat kapal baik dok payah

Sedarlah wahai semua
Dunia sekarang sudah global
Dok kira tempat dok kira masa
Hok kita nak buat boleh belaka

Baik buruk atas kita semua
Cermin diri cermin muka
Pakat jaga ajaran agama
Moga moga semua ke syurga

Saturday, April 26, 2008

Meningkatkan pengeluaran padi Negara.

Hari ini isu beras menjadi hangat apabila seluruh dunia memperkatakan tentang kenaikan harga beras dan juga stok yang berkurangan. Langkah kerajaan mengumumkan pelan jangka panjang bagi memaksimumkan simpanan beras Negara adalah wajar. Antaranya ialah membuka kawasan baru penanaman padi di Sarawak. Walaubagaimanapun perlaksanaan tersebut haruslah dijalankan selepas mengambil kira faktor faktor dibawah.


Pertama:
Sebenarnya banyak sawah sawah terbiar di semenanjung Malaysia. Lebih malang lagi ada antara lembah jelapang padi yang dikategorikan sebagai sumber utama pengeluaran padi telah hilang fungsinya akibat dari keghairahan untuk melaksanakan transformasi pertanian. Dalam erti kata lain memodenkan sistem saliran dan pengairan. Antara yang di kenal pasti ialah lembah Setiu. Majoriti penduduk setempat telah hilang mata pencarian sejak beberapa tahun yang lalu hinggalah kini akibat dari pemodenan system pengairan yang berkesudahan dengan kegagalan dalam konteks penyediaan sistem perparitan yang sempurna. Petani petani merungut kerana tidak mendapat air yang mencukupi bagi sawah sawahnya. Ini berpunca dari kecuaian kontraktor yang tidak serius untuk melaksanakan projek tersebut. Antara faktor kesukaran mendapat sumber air ialah kerana kecerunan lonkang yang tidak sama. Yang lebin terkilan lagi adalah kerana kecerunan itu semakin menaik hinggakan aliran air terbantut untuk sampai ke penghujungnya. Ini jelas kesilapan kejuruteraan. Namun apakan daya, kesilapan ini masih lagi boleh ditutup mata kerana ianya tidak sehebat kejadian bumbung runtuh dan sebagainya. Bagi petani disini, membina sistem perparitan yang tidak mampu mengalirkan air kepada kawasan penanaman padi sama besarnya kesilapan kontraktor yang mendirikan struktur bangunan yang tidak kukuh sehingga menjadikan bumbung itu runtuh. Malahan dari segi kos dan penggunaan wang kerajaan, kos projek saliran dan perparitan adalah lebih besar nilainya dari kos sebuah bangunan. Difahamkan projek pengairan menelan belanja ratusan juta ringgit. Apakah kita perlu menutup mata untuk membaiki kesilapan ini. Apakah kita sanggup melihat petani petani tiadak mampu menanam padi kerana masalah pengairan yang faktor asasnya kesilapan manusia. Bolehkah kita samakan kerugian petani yang gagal menuai hasil padi akibat dari sistem perparitan dengan kegagalan petani menuai akibat dari bencana alam. Nyata dua perkara yang berbeza dan diharapkan agensi yang terlibat berusaha untuk memulihkannya secara serius. Kasihanilah nasib petani di lembah setiu. Memulihkan system perparitan di lembah setiu bererti berusaha menambahkan hasil pengeluaran padi Negara. Memulihkan kawasan yang memang sudah serasi dengan penanaman padi adalah lebih baik dari membuka kawasan hutan yang belum tentu menjamin hasilnya dalam erti kata mendapatkan final produk iaitu bekalan beras untuk Negara.

Kedua:
GLC boleh memainkan peranan yang aktif dengan membuat pelaburan besar besaran di Negara Negara yang dikenal pasti sebagai pengeluar utama seperti Thailand, Combodia dan sebagainya. Kalau kita berjaya dan berani melabur untuk membuka kawasan perladangan kelapa sawit dalam skala besar di luar Negara, kenapa tidak kepada tanaman padi. Konsep yang sama perlu dilaksanakan. Dengan itu pengeluaran padi sentiasa berada didalam keadaan yang mencukupi dan keuntungan GLC itu adalah keuntungan Negara. Maka jika usaha pengimportan beras bakal dibahaskan, saya yakin kita akan bersetuju mengimport beras dalam skala yang besar dari luar Negara. Apatah lagi beras yang dihasilkan itu adalah beras produk GLC Malaysia di luar Negara.

Bayaran Tol RM1 Sepanjang Hayat

Beberapa hari lepas, saya berada di Ibu Negara atas urusan peribadi. Sepanjang perjalanan melewati lebuhraya bertol di Lembah Klang, membuatkan saya terfikir akan keperitan warga kota yang terpaksa menanggung beban bayaran tol sepanjang masa.. Ini bererti bagi pengguna lebuhraya, bajet bulanan untuk bayaran adalah sesuatu yang wajib dan sama pentingnya dengan keperluan harian mereka yang lain. Kalau dihitung secara kasarnya memang agak tinggi dan membebankan rakyat terutamanya bagi golongan pertengahan kebawah.

Saya pula merupakan seorang pelaut yang banayak mendapat nikmat dari kerajaan seperti pengecualian cukai dan sebagainya. Kehidupan kami juga banyak dilaut dan amatlah kurang sengsaranya dengan segala macam keperitan yang dilalui oleh masyarakat didaratan. Walaubagaimanapun atas dasar keperihatinan terhadap scenario yang berlaku dalam negara kebelakangan ini, membuatkan saya terpanggil untuk melontarkan pandangan terhadap permasaalahan bayaran tol yang sentiasa naik dari masa ke semasa.

Umum mengetahui, kenaikan kadar tol tidak dapat dielakkan kerana perjanjian dengan syarikat konsensi dan sebagainya. Seringkali kita mendengar juga pampasan yang terpaksa dibayar oleh kerajaan untuk tidak menaikkan kadar bayaran mengikut tempoh perjanjian. Kesimpulannya kenaikan tol membebankan rakyat dan ti dak ikut perjanjian dengan syarikat konsesi pula membebankan pihak kerajaan kerana wang pampasan.

Keputusan PRU 12 membuktikan kerajaan pragmatik sukar diterima rakyat. Rakyat sekarang ini memilih parti yang berorientasikan keputusan popular. Antara contoh popular ialah janji untuk menurunkan harga minyak dan sebagainya. Mungkin ianya sukar untuk dilakukan dalam keadaan harga dipasaran global yang meningkat dari masa kesemasa. Hakikatnya pendapatan rakyat Malaysia yang kecil dan kos sara hidup yang meningkat membuatkan pengundi mengambil jalan pintas untuk memilih parti yang menjanjikan sesuatu yang popular. Mahukan parti yang mengikut kehendak rakyat.

Kerajaan BN yang banyak jasanya hampir tumbang kerana tidak dapat menangani isu isu popular dari parti pembangkang. Persoalan sekarang ini, adakah kerajaan sekarang ini masih mahu mengikut kaedah yang sama dalam pentadbiran (pragmatik) atau mahu mengikut rentak pembangkang yang sentiasa menjanjikan sesuatu yang popular. Pada pedapat saya, eloklah BN juga mencipta sesuatu yang popular agar kerajaan yang banyak jasanya kepada negara ini dapat terus berkuasa pada penggal yang berikutnya.

Antara isu yang popular pada pertimbangan saya ialah mengurangkan kadar bayaran tol diseluruh lembah Klang. Dengan ini, saya akan mencadangkan sesuatu seperti dibawah dan harap pakar ekonomi dapat memperbetulkan cadangan saya ini yang hanya bersandarkan logik akal sahaja. Maklumlah penulis bukannya pakar ekonomi. Penulis mempunyai dunia kehidupan yang tersendiri di tengah lautan.

Saya cadangkan agar Kerajaan mengambil alih sepenuhnya pengurusan lebuhraya dari syarikat konsesi bagi lebuhraya disekitar lembah Kelang. KWSP boleh memainkan peranannya untuk membeli 100% pegangan dan membuat perjanjian baru dengan pihak kerajaan bagi kaedah kaedah pembayaran tol yang murah dan diterima rakyat. Jika ianya berlaku, saya cadangkan agar bayaran kutipan tol diseluruh plaza tol bagi lembang klang ialah RM 1 dan tempoh konsesi ialah sepanjang hayat. Saya percaya dengan bayaran RM1, warga kota tidak kisah jika sepanjang hidupnya terpaksa membayar tol. Menjadikan bayaran tol sebanyak RM1 adalah satu tindakan popular. Munking kita tidak dapat keuntungan segera. Tetapi bayangkanlah berapa pendapatan yang bakal diperoleh oleh KWSP sepanjang hayatnya. Jumlah kenderaan sentiasa bertambah dari masa kesemasa. Dan keuntungan sentiasa dinikmati selamanya. Bagi saya yang bercakap dari logik akal ini, ianya memang menguntungkan KWSP dan mempopularkan BN.

Kenapa KWSP???
KWSP mempunyai dana yang besar sehinggakan ada permintaan dari pengurusan tertingginya yang meminta kerajaan untuk membenarkan membuat pelaburan diluar negara. Ini adalah kerana mereka memberikan alasan bahawa size dananya yang besar itu sudah tidak sesuai untuk dilaburkan dalam pasaran domestik. Jadi tidakkah dengan mengambil sebahagian daripada dana yang besar itu dan membayar cash kepada syarikat konsesi yang sedia ada adalah satu tindakan yang bijak?.
Semoga pakar ekonomi dapat memberikan komen terhadap cadangan saya ini.

Wednesday, April 9, 2008

FEBRILE FITS ( DEMAM SAWAN )

Sawan Ketika Demam

Pada ketika anak anda mengidap demam yang kuat (suhu badannya tinggi), kadangkala anak anda akan mengalami sawan (fits) yang dilihat sebagai gerakan pada tangan dan kaki yang berulang-ulang, tidak sedarkan diri mata yang terbuka melihat ke atas, air liur yang berbuih keluar dari mulutnya dan kadankala ia terkencing atau terberak. Dalam keadaan minima, hanya mata yang kelihatan terbuka ke atas atau salah satu dari keadaan yang diterangkan diatas. Tempohnya iadah selama kira-kirar 5 minit. Selepas sawan berakhir, kanak-kanak biasanya akan tertidur. Keadaan ini dipanggil `Febrile Fits`.
Apa Yang Menyebabkan Febrile Fits
`Febrile fits' ini disebabkan oleh keadaan dimana seorang kanak-kanak mempunyai tahap mendapat sawan yang lebih rendah berbanding biasa jika dia demam. Demam ini biasanya disebabkan oleh batuk selesema, sakit kerongkong ataupun apa jua seperti selepas suntikan immunisasi dan sebagainya. Ianya berlaku pada 10 % pada kanak-kanak yang berumur antara 3 bulan dan 5 tahun (satu daripada sepuluh kanak-kanak normal.) dan biasanya keadaan ini tidak membahayakan. Ia juga biasa berlaku jika adik-beradiknya yang lain juga mengalami febrile fits. Biasanya ia berlaku sekali dalam sehari kecuali demam kanak-kanak tersebut tidak terkawal.
Apa Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan Ketika 'Febrile Fits'
Ketika berlaku 'Febrile Fits'. Pertamanya baringkan kanak-kanak meniarap dengan kepalanya menoleh ke sisi, jangan sampai hidungnya tertutup dengan kain/tilam. Ini adalah untuk mengelakkan dia dari tertelah air liurnya ke paru-paru (amat merbahaya). Jangan letakkan apa-apa benda di dalam mulut seperti sudu atau benda lain. Jauhkan dia dari tempat merbahaya seperti di tangga atau di dapur. Bawa kanak-kanak berjumpa doktor secepat mungkin untuk diberikan rawatan bagi demam kanak-kanak tersebut.
Bagaimana Mengelakkan Berlakunya 'Febrile Fits'
Jika adak anda pernah mengalami febrile fits, maka kemungkinan penyakit ini untuk berulang tetap ada, maka adalah penting untuk ibu-bapa mengelakkan ia daripada berlaku.
Jika kanak-kanak mengalami demam yang sangat tinggi:
1. Cuba sejukkan badan anak anda dengan memberikan ubat demam syrup atau pil.
2. Jika demam masih tinggi atau tiada ubat di rumah; buka pakaian anak anda dan letakkan di tempat yang berangin. dan lapkan dengan air paip (bukannya air sejuk peti ais) sehingga badannya kembali sejuk.
3. Dapatkan rawatan untuk demam anak anda dengan segera.
Tanda-tanda Merbahaya;
1. Anak tidak sedarkan diri lebih daripada setengah jam atau sawan lebih dari setengah jam. Sawan yang berlaku terlalu kerap.
2. Anak mengalami muntah-muntah yang teruk, sawan disamping demam.
3. Sawan hanya pada anggota tertentu, dan tidak seluruh badan.
4. Sawan ketika kanak-kanak tidak demam.
Kesan 'Febrile Fits' pada Kanak-kanak;
Kanak-kanak ini biasanya normal dan 'febrile fits' tidak mendatangkan apa-apa mudarat sewaktu dewasa. Walaupun kanak-kanak mungkin akan mendapat 'febrile fits' lagi tetapi tiada masalah lain dalam tumbersaran dan pelajaran.

Sunday, April 6, 2008

Q&A 2: RULE OF THE ROAD

Question:
When approaching a landfall the OOW sights a vessel aground at about 4 points of the compass, off the starboard bow. What action would be expected of the officer?

Answer:
The OOW on sighting the vessel aground would be expected to:
a) Stop the vessel immediately and take all way off the ship.
b) Advise the Master of the situation.
c) Obtain a chart assessment of the situation, to include own ship’s position and the position
at the position of the vessel aground. Note the extend of the shoal and the current under
keel clearance.
d) Switch on the echo sounder.
e) Established communication with station identification, with the vessel aground. (The ship would need to know the draught of the vessel aground and the time of the ship run aground.)

NB: It must be anticipated that the master would take the ‘con’ and navigate the vessel clear of the incident.

Ref : Seamanship Techniques (DJ House)

Q&A 1: RULE OF THE ROAD

Question:
When acting as the officer of the watch your vessel is approaching an area of reduced visibility. What actions would you expect to take on the bridge?

Answer:
The changing visibility condition would generate the following actions:
a) Place the engines of the vessel on ‘stand by’ and reduce the ship’s speed.
b) Advised the master of the reduced visibility condition.
c) Post extra lookout on stations.
d) Commence sounding fog signals.
e) Carry out systematic plotting of any radar targets.
f) Switch on the navigational lights.
g) Engaged the vessel in manual steering.
h) Close all water tight doors.
i) Place a position on the chart.
j) Enter a statement of actions into the log book.
k) Stop all loud working on deck.

NB: The company standing orders would normally have a checklist procedure for entering poor visibility. This would be followed to include all of the above.

Ref : Seamanship Techniques (DJ House)

Saturday, April 5, 2008

Politik Kampung

Barisan Nasional terengganu yang ditunjangi UMNO berjaya membentuk kerajaan setelah menang dalam pilihanraya umum yang ke 12 dengan 2/3 majoriti. Sekali gus menidakkan gelombang tsunami yang melanda pantai barat semenanjung Malaysia.
Bermulanya pembubaran parlimen, Terengganu dilihat bakal mendapat persaingan yang sengit apabila isu pemilihan calon mendominasi cakap cakap politik dari kedai kopi hinggalah ke serata tempat. Pengguguran seramai 16 orang calon untuk digantikan dengan muka muka baru amat mengejutkan semua pihak. Apatah lagi beberapa orang daripadanya adalah calon yang cukup berpengaruh seperti dato Man Bakar, Pok Rosli, Tengku Putera dan Dr Latif.
Isu isu ini dibincangkan dengan meluasnya didalam blogger dan akhbar tempatan. Dan saya tidak bercadang untuk mengupas panjang cerita yang boleh dikatakan sudah basi selepas berakhirnya PRU 12.
Walaubagaimanapun, saya ingin mengupasnya dari perspektif akar umbi iaitu scenario yang berlaku diperingkat kampung/cawangan akibat dari percaturan berani Mantan Menteri Besar Deris Jusoh.

Kerisauan petugas pilihanraya dan jentera kempen barisan nasional lebih ditumpukan kepada kerenah pengundi yang berada dalam kelompok Barisan Nasional itu sendiri. Ini menjadikan pertandingan kali ini adalah tiga penjuru iaitu BN team A (Calon), BN Team B ( Bekas Wakil Rakyat ) dan pembangkang. Suka juga dimaklumkan, pembangkang kali ini tidak mampu menyerlah dikawasan yang dikuasai UMNO. Mereka seolah mengaku kalah dari awal awal lagi. Lalu pertembungan dalam kempen Pilihanraya kali ini adalah antara team A dan team B sahaja. Cakap cakap yang merunsurkan kesetiaan kepada parti sudah terhakis. Faktor calon yang diletakkan sebagai 60% nampaknya menjadi kenyataan. Ini diakui sendiri oleh TPM dalam beberapa kenyataannya sebelum PRU-12.

Kata kata keramat untuk memujuk semua ahli/pengundi bersatu sukar untuk dilaksanakan. Ini adalah kerana pengundi sekarang sudah mempunyai tahap kefahaman dan pengamatan yang tinggi dalam semua segi. Mereka memantau sejak dari 2004 lagi. Adalah misi mustahil untuk mengubahnya dalam masa dua minggu berkempen. Antara isi pokoknya ialah:
Terima siapa sahaja calon yang sudah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.
Isu ini menjadi perdebatan hangat antara team A dan team B.
Team A amat bertuah kerana calon pilihannya dipilih untuk mewakili BN. Persoalannya ialah adakah team A ini ikhlas dalam menentukan hala tuju parti dan kerajaan? Terfikirkah kita apa reaksinya jika calon pilihan mereka tidak terpilih?. Diperingkat kampung, ianya amat jelas bahawa perjuangan team A boleh dipertikaikan. Ini adalah kerana sikap tunggu dan lihat kumpulan mereka bagi menjalankan sesuatu aktiviti. Mereka tidak sanggup bekerja tanpa mengetahui siapa bakal calon bagi kerusi DUN dan Parlimen. Dan apabila calon pilihan mereka menjelma, cepat cepat mereka mencanangkan agenda perjuangan parti. Setia pada parti dan macam macam lagi. Perbuatan mereka amat diragui dan sesungguhnya kebenaran pasti menjelma.
Manakala bagi team B pula, mereka bekerja sebelum calon diumumkan lagi dan kesetiaan pada parti jelas kelihatan secara zahirnya. Cuba peranan yang dimainkan oleh team A dengan melemparkan pelbagai tuduhan tak berasas seperti melabelkan team B sebagai ‘golongan kecewa’ dan bakal mengundi pembangkang sungguh tidak bertanggungjawab. Lalu konflik yang berlaku ini berlarutan sehingga selesai urusan pilihanraya. Sedarlah, jumlah penduduk di sesebuah kampung adalah amat kecil bilangannya. Penduduk kampung tidak mampu lagi hidup berpuak puak apatah lagi berpuak dalam satu ideologi yang sama. Mendokong asas perjuangan yang sama.

Masihkah Kau Ingat

Masihkah kau ingat,
Anda kata saya tidak berbincang dengan ketua bahagian sebab tidak mahu banyak bersoal jawab dalam isu pemilihan calon.

Kata MB baru.....
Saya akan bincang dengan Deris bagi melantik barisan exco yang mantap.

Masihkah kau ingat,
Anda kata pemimpin bertukar ganti adalah perkara biasa dalam pilihanraya.

Kebenaran kata…
Terimalah keputusan MB bertukar ganti dengan terbuka.

Masihkah kau ingat…
Protes dari penyokong yang tidak dicalonkan hanyalah perkara biasa dan beberapa hari sahaja.

Orang Melihat……
Kenapa protes anda terhadap perlantikan MB baru berlarutan berminggu minggu lamanya.

Masihkah kau ingat……
Calon ketua bahagian yang digugurkkan itu adalah kawan kawan saya dan mereka boleh terima.

Ketua bahagian kata…..
Kami terima dengan rela calon MB baru dan tolak MB lama.

Masihkah kau ingat
Apa perasaan anda apabila jawatan MB tidak dilantik semula

Calon gugur bertanya…..
Apa perasaan mereka apabila nama mereka tidak dicalonkan semula

Masihkah kau ingat
Pendokong UMNO mendesak Lim Kit Siang memohon maaf kepada Sultan kerana biadap dalam tindakan.

Orang melihat........
Bila lagi 22 adun terengganu bakal didesak perkara yang sama oleh pendokong UMNO.


Masihkah kau ingat
UMNO menerbitkan risalah ‘Masihkah kau Ingat’ untuk menumbangkan PAS di terengganu.


Pemerhati melihat....
Ianya berjaya. Dan marilah kita sama sama membawa slogan ‘masihkah kau ingat’ ini sebagai inspirasi untuk memulihkan martabat parti. Untuk menyatupadukan kembali ahli parti. Dan yang penting cukuplah gunakan slogan ‘Masihkah kau ingat’ pada pihak lawan. Marilah sama sama kita gunakan slogan ini untuk menyelesaikan masalah dalam parti kita sendiri. Semoga UMNO akan terus relevan untuk selamanya.

Sebagai penulis, saya amat tertarik dengan kata kata mantan MB.
“Apa yang berlaku ini ada hikmahnya”

RUMAH TUMPANGAN SEAZALL - Ruang Menonton







RUMAH TUMPANGAN SEAZALL - Ruang Makan







Thursday, April 3, 2008

ADUHAI.....

Aduhai....
Kenapalah blog saya ini tak boleh di access.
Beginilah masalahnya apabila buat blog tanpa rujuk pada yang pakar.
Apapau suatu hari pasti berjaya.

Friday, March 21, 2008

Petikan Novel Gelora ( Sepi Seorang Pelaut )

Suasana riuh rendah di balai perlepasan menghilangkan sedikit keluh resah meratapi saat diriku semakin jauh dari anak dan isteri. Setiap kali ada saja suara merdu lantang melaungi notis penerbangan yang bakal ke udara dan tak lupa juga mencari penumpang yang masih dibuai asyik sehingga terlupa masanya sudah tiba. Mungkinkah mereka ini terlewat atau sengaja mencuri masa untuk lebih lama dengan yang tersayang. Bagaimana dengan aku?. Satu pertanyaan yang berlegar ketika aku sekeluarga masih melangkah longlai ke ruang A11 yang letaknya di penghujung bangunan. Mujurlah dibantu escalator. Sekurang-kurangnya keletihan yang dirasai dapat dipadamkan beserta suhu yang sentiasa memihak dengan sejuk enak tanpa terik mentari. Mungkinkah aku pun juga ingin mencuri masa di kala memikirkan empat bulan di perantauan adalah terlalu lama. Wajah isteri dan anakku senantiasa diratapi. Mahu rasanya untuk tidak mengherdipkan mata walau sesaat. Namun apakan daya. Penglihatan kurniaan Tuhan ini perlu menjalankan tugasnya dan aku redha untuk dipejamkan seketika.
Sukar meninggalkan keluarga tersayang membuatkan aku mengakhiri deretan barisan penumpang yang sama-sama menaiki pesawat MH2746. Di dalam pesawat, masih lagi sesak berdiri bagi mendapatkan giliran untuk meletakkan barang di ruang yang disediakan. Lalu suasana menjadi reda setelah semua penumpang berada di kerusi masing-masing sambil mengikat tali pinggang keselamatan. Aku yang dibarisan akhir juga mengambil tempat dan seperti kebiasaan berada di sebelah tingkap memberi satu kepuasan kepada ku. MH2746 yang boleh memuatkan 270 oarang penumpang sudah bergerak meninggalkan jambatan udara. Ketua pramugara juga mencelah masa memberi penerangan keselamatan sewaktu pesawat masih lagi menuju ke landasan utama. Buat yang pertama kali, mereka kaan mendengarnya dengan penuh minat. Dan bagi yang berpengalaman sekadar berkumandang ditelinga dan pastinya anggota lain memerhatikan bahan bacaan. Akhbar harian atau setidak-tidaknya majalah percuma untuk penumpang.
Akhirnya penerbanganku membuat pendaratan di lapangan terbang Bintulu. Satu lagi keasyikan yang dapat dirasakan kerana sekarang ini Bintulu sudah mempunyai lapangan terbang yang baru sehebat kemajuan yang dinikmati. Saiznya yang besar membolehkan untuk mempunyai perjalanan terus dari Kuala Lumpur ke Bintulu. Tidak seperti pengalamanku sebelum ini. Dari Kuching ke Bintulu bertukar kepada pesawat yang kecil yang selalu membuatkan jantung berdenyut kencang akibat kurang daya tahan pesawat melawan awan tebal dan segala fenomena lain di udara.
Sesampainya di Pelabuhan aku melihat kapal yang bakal aku naiki sudah tertambat teguh di jeti konkrit.Semoga suasana baru di dunia perkapalan ini tidak merubah segalanya ke atas hidupku. Tangga kapal ku panjat dan akhirnya uncapan selamat datang kedengaran di naka telinga dari kelasi kanan yang bertugas. Dengan dokumen yang lengkap sebagai kewajipan asas bekerja di atas kapal, aku membawanya ke dek 5 menuju ke pejabat makhoda yang dikenali sebagai kapten. Sepanjang perjalanan ke dek 5 masih banyak persoalan yang kucari. Apatah lagi dikaburi dengan melepasi tingkat demi tingkat menggunakan lif. Akhirnya selepas menandatangani artikel untuk bekerja di atas kapal sebagai second officer ( pegawai kedua) aku terus ke kabin yang disediakan di dek 4. Dari sini gambaran jelas mula diperolehi dengan melihat kabin yang cantik seumpama bilik hotel dengan semua kelengkapan berada di dalamnya. Ada bilik air, peti ais, sofa dan berlantaikan karpet serta meja bacaan di penjuru katil. Seluruh bilik penginapan disalurkan dengan suhu yang bersesuaian yang dikawal selia dari bilik hawa dingin.
Tanpa kusedari sudah beberap jam aku berada di atas kapal ini. Rakanku yang bakal ku gantikan tempatnya sudah tidak sabar untuk menerjah langkahnya ke bumi yang tercinta setelah berada empat bulan di mahligai terapung ini. Lalu aku memberi ruang kepadanya untuk menerangkan kepada ku akan tugas dan tanggungjawab yang perlu aku pikul sebagai second officer. Setelah aku berpuas hati dengan serahan tugas ini, berlalulah dia sebagai seorang yang senyum lebar. Tiada lagi raut wajah yang kusut. Ucapan terima kasih yang tak terhingga pastinya ditujukan kepada aku kerana sudi muncul di dalam keadaan pelaut-pelaut sekarang ini kurang berminat untuk belayar lagi. Kenapa begitu?.
Yang pergi talah pun pergi dengan pantasnya. Yang menyerah diri akan menyambung tugasan ini dengan penuh emosi. Bayangan keluarga, anak dan isteri masih lagi segar di mata. Walau sudah beberapa peringkat Jalan yang ditempuhi, namun selagi kapal ini tidak dikemudikan ke lautan nun luas di sana, pasti rasa hiba terus menjelma.
Tepat jam 3.30 pagi telefon bimbitke berbunyi. Rupanya isteriku yang menelefon seakan memahami waktu kerja ku sudah hamper. Rupanya mereka di rumah masih tidak lena tidur memikirkan aku tiada di sisi. Bersabarlah. Hanya ini yang boleh aku katakana untuk menawan hati mereka. Lalu langkahku untuk pergi kerja menjadi berat. Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada kami untuk menempuh hari-hari yang mendatang tanpa ada insane kesayangan di sisi. Tabahkanlah hati kami dan tenangkanlah jiwa kami Ya Allah! Amin Ya Allah. Mudah mudahan doa itu akan menjadikan diri ini lebih memahami suasana dan tidak terbawa-bawa dengan permainan perasaan.
Di rumah kemudi, Third Officer (pegawai ketiga) sedang sibuk membuat persediaan untama pada peralatan navigasi sambil engineer mengambil masa untuk memanaskan enjin. Watchkeeper pula siap sedia menunggu kedatangan pilot ke atas kapal. Anak-anak kapal yang lain dikerahkan bersedia didepan dan belakang mengikut tugas masing-masing. Dan setelah tiba masanya, pilot tiba dengan bergaya, kawalan enjin dihantar kepada bridge control dan pekerja darat berjalan laju mengambil tempat masing-masing. Dengan arahan daripada kapten, satu demi satu tali tambat kapal dikendurkan untuk membolehkan pekerja darat melepaskannya dari pencangkuk. Seterusnya watchkeeping officer menggerakkan telegraph kearah hadapan untuk memulakan pemusingan kipas dan seterusnya menggerakkan kapal meninggalkan jeti di pelabuhan. Arahan demi arahan dilaungkan oleh Kapten kepada jurumudi untuk memastikan kapal berada di haluan yang betul. Akhirnya tenaga pilot tidak diperlukan lagi dengan kapal sudah berada di perairan yang selamat untuk dikendalikan oleh pegawau bertugas.
Kapal masih lagi berada di sekitar perairan Bintulu. Di luar sana kelihatan pelantar-pelantar minyak berdiri teguh di tengah lautan. Barangkal mereka di sana pun seperti aku. Kehilangan kehidupan normal dan terasing di kelompok yangkecil tanpa mampu berulang-alik menikmati apa yang dihajati. Cuma yang berbeza mungkin cerucuknya tidak mampu berjalan dan terus terpacak ke perut bumi yang di bawahnya mempunyai jutaan gelen minyak mentah. Tompokan minyak pasti menyelubungi baju mereka.
Petang ini adalah tugas pertamaku sebagai second officer atau pegawai pengawasan daru pukul 4 petang hingga ke 8 malam.Brada dirumah kemudi seperti berada di Menara kawalan yang mana keseluruhan informasi dipusatkan dan semestinya kami sebagai pekerja diatas rumah kemudi ini perlu tahu apa yang berlaku di dalam kapal mahupun diluar lautan sana.
Di ufuk barat inci demi inci sang mentari menghilangkan diri. Namun masih tidak disenangi oleh bingtang-bingtang di cakeralawala kerana kilauan hebatnya dihadangi awan yang berarak tebal. Di dewan sembahyang pula gema suara azan berkumandang memanggil warga pelaut berjemaah bagi menambahkan kekuatan iman di pentas yang serba mencabar. Di dada lautan, sinaran neon bot-bot nelayan menggantikan kehilangan kerdipan bintang. Mereka masih mencari rezeki walu malam makin suram. Di samping mendapatkan sesuap nasi hasil daripada ritik peluh ini, pastinya sumbangan bermakna adalah kepada puluhan juta himpunan manusia di daratan. Mereka mengharapkan ihsan daripada insane-insan ini untuk membekalkan sumber protein. Semoga mereka tidak lupa kesengsaraan yang dialami di kala mendapatkan pelbagai jenis ikan di lautan. Aku pula gah di mahligai terapung yang tidak mudah dirobek walau badai besar malanda. Di kala mereka menerangi lautan mencari sekumpulan ikan, dilambung tanpa henti, dibawa arus tanpa disedari, penuh kesabaran mengharapkan ikan menyerah diri, aku bertafakkur sejenak di anjung kapal. Lantas sedarlah aku. Walau akau dan dia sama-sama di lautan, namun nasib kami berbeza. Lagi membuatkan aku bersyukur kepada Ilahi kerana menempatkan aku di kelompok pekerjaan yang kurang sengsaranya.
Malam ini juga bilik rehat pegawai dan juga kelasi masih lagi sunyi sepi. Pintu-pintu cabin semunya tertutup rapat walau malam masih muda. Fahamlah aku betapa malam pertama selepas kapal belayar adalah malam yang penuh dengan sentimental. Masing-masing melayan perasaan dan ada yang masih terbayang suara merdu sewaktu dalam perbualan di telefon. Di Bintulu juga mereka menerima surat kiriman daripada insane tersayang. Dengan catatan bisu itulah menyebabkan masing-masing berkurung di dalam bilik. Mereka menghayati kandungan warkah yang dituliskan oleh yang tersayang. Ada yang bertanya khabar dan ada juga yang bertanya bilakah orang yang dirindui bakal pulang ke kampung. Sambil segelintir lagi lain pula ceritanya. Pelabuhan Bintulu umpama tempat yang paling mengerikan buat mereka. Sambil memerhatikan sahaja sahabatnya bergembira dengan warkah masing-masing, dia pula kecewa dengan tiada insane yang cuba memilikinya. Kiriman surat tidak berbalas, deringan telefon tidak diendah, apatah lagi menyembunyikan kebenaran di sebalik keikhlasan yang palsu. Hampa mereka ini. Apapun diharapkan kepada yang kecewa tidak melaratkan cerita peribadi di tempat kerja. Pelayaran sesuatu yang penuh dengan cabaran. Mengawal emosi amat penting agar hala tuju sebagai pelaut sejati bakal terbukti. Lalu aku juga terikut-ikut dengan rentak merekasambil membaringkan diri di tilam empuk dan mengharapkan esok yang bakal menjelma menjanjikan kehidupan di atas kapal ini kembali seperti biasa.

Tulisan di atas adalah petikan novel Gelora yang ditulis dan diterbitkan sendiri oleh penulis blog ini. Masih ada naskah untuk anda membacanya hingga ke penghujung cerita.

Cerita yang masih tercari cari ilham baru

Rizal masih lagi menumpang dirumah mentua. Buat masa ini dia masih belum merancang untuk mencari rumah sendiri. Bukannya tidak mampu. Tatapi memikirkan ada tangungjawab yang besar yang perlu dipikulnya. Lalu rumah putih beratapkan esbestos dan berdingdingkan papan ini akan terus membawa kehidupan rizal yang baru memperoleh cahaya mata pertama. Isterinya gembira dan mentuanya juga senang menerima kehadiran cucu yang dekat di mata ini. Sambil itu Rizal memerhatikan keadaan diluar rumahnya melalui pintu jendela yang terbuka luas itu. Disekeliling rumah ini dipagari. Walau tidak keseluruhan kawasan tanah yang seekar ini dipagari, namun cukuplah mengelakkan daripada dimasuki lembu untuk menumpang teduh diwaktu hujan ataupun mencuri rumput dan bunga bungaan dihalaman. Kawasan ini tidak dipagar sepenuhnya kerana terpaksa memberikan jalan kepada penduduk hujung kampung melaluinya.
Kampung yang Rizal tinggal sekarang ini adalah perkampung lama. Perancangan oleh kerajaan tempatan pada zaman dahulu tidak teratur dan mungkin juga mereka tidak peka akan kepentingan infrastruktur seperti jalanraya dan sebagainya. Mereka tidak berfikir jauh sejauh perdana menteri keempat merealisasikan impian rakyatnya. Pada mereka buat apa digazetkan jalan yang luas kalau semua anak tempatan seronok dengan berkayuh basikal kehulu kehilir. Bagi mereka diwaktu itu, mempunyai basikal seperti mempunyai kereta mewah dizaman ini. Lalu tidak apalah kalau setakat mempunyai lorong kecil di tepi rumah orang atau pun di belakang dapur. Lalu mereka juga membahagikan lot-lot tanah kepada semua dan mengabaikan rezab jalan. Bahananya, sekarang ini kampung ini bermasalah dengan kemudahan asas. Banyak lagi jalan yang masih belum berturap walau kemampuan melaksanakannya ada. Mana mampu mereka merampas tanah orang hanya untuk membuat jalan bitumin. Mungkin ada yang bergadai bergolok kalau diteruskan juga. Lalu tuan punya tanah yang mempunyai jalan utama akur juga dengan kehendak masyarakat dan membenarkan tanahnya dilalui setiap masa. Ada yang sudak berlekuk dan senang bertakung air apabila hujan lebat melanda. Kenderaan yang lalu pada zaman ini bukanya sebuah basikal lagi. Kini keperluan semasa menjadikan motor kenderaan utama dan yang mampu sedikit membeli kereta. Basikal hanya tinggal nama sahaja. Itupun di gelarkan Basikal Tua.
Dan diluar rumah ini juga Rizal memerhatikan seorang budak yang berjalan kaki dengan penuh kedaifan. Setiap hari dia memakai pakaian yang sama. Seluar pendek bewarna biru dan baju t yang sudah lusuh. Dia seorang anak yang ayahnya cacat dan ibunya melarikan diri entah kemana. Dia cucu kepada Nek Sum yang kerjanya ibarat kais pagi dan makan pagi kais petang makan petang. Kesian Rizal kepada keluarga ini. Adakah masyarakat tidak menolongnya?. Rasanya..sudah. Rumahnya ditumpangkan di atas tanah tok ketua. Setiap bulan diberikan bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai lagi. Cuma barangkali masalah keluarga menjadikan keluarga ini terumbang ambing tanpa arah. Budak ini tidak berminat untuk belajar dan tidak tahu apa kepentingan pendidikan untuk masa depan. Nasihat guru gurunya umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kadang kadang menjadi mangsa kepada remaja remaja nakal sebagai orang suruhan untuk membeli rokok di kedai runcit.
Budak itu berjalan hingga ke hujung kampung mencari kawan yang sebayanya. Kawannya pula berada di tepi hutan. Di tepi hutan kerana ayahnya meneroka tanah haram. Lalu bercucuk tanam dan mendirikan rumah sebagai cagaran. Kerana sedar diri mereka membuat kesilapan, maka golongan tua di tepi hutan ini segan untuk bercampur dengan masyarakat setempat. Mereka tidak kisah semua itu. Yang mereka tahu kerajaan zalim kerana tidak membantu. Mereka masih lagi berpelita ayam, bersumberkan air perigi.
“Bang, minuman dah siap” Sahut Siti kepada rizal. Lalu Rizal tersentap dari lamunan yang panjang di tepi tingkap itu. Sejak dua menjak ini Rizal suka sangat memikirkan masalah kampungnya. Seolah oalah dialah ketua kampong di sini. Apapun tujuannya ikhlas. Dia nak melihat anak watan kampungnya berjaya sebagaimana dia berjaya dalam pekerjaan yang bergaji lumayan. Dia nak lihat kampungnya juga dibangunkan sebagaimana tempat tempat lain yang pernah dijejakinya. Minuman yang tersedia itu dihirup sedikit demi sedikit bersama-sama dengan keropok lekor goreng yang masih panas lagi. Inilah makanan kegemaran Rizal.
“Bang cuti abang dah nak habis ni, abang tak nak beli baju uniform baru ke. Baju putih tu dah lusuh sangat lah bang” Isterinya menyapa bertanyakan tentang persediaan suaminya untuk menaiki kapal. “Tak apalah siti, baju lama boleh pakai lagi tu. Siti tak payahlah fikirkan sangat tentang pakaian abang. Kalau dah sampai waktunya tu, Siti kemaskan barang seperti biasa. Yang penting dokumen pekerjaan abang mesti ada. Tak boleh tertinggal satu pun. Nanti sia sia sahaja abang pergi kerja. Tak lengkap dokumen abang, tak boleh kerja tau”. Rizal memberi pesanan kepada isterinya. “Yalah abang, siti faham”. Siti menjawab sambil mengangukkan kepalanya. “Ahh kita tak payah bercerita pasal kerja abang dululah. Abang tak puas lagi berada di kampong ni. Kalau boleh abang nak berada sisi Siti dan farah selama yang mungkin. Nanti bila dah belayar, tak dapat lagi merasai suasana seperti ini. Terpaksalah memendam rindu”. Keluh Rizal yang amat terasa sangat bahawa dirinya bakal kepangkuan kerja tak lama lagi. “Baiklah abang. Abang habiskan minuman ni ya. Siti nak pergi jemur pakaian sekejap”. Siti meminta izin mengundurkan diri dahulu.
Farah masih lagi lena tidur dalam buaian. Nenek Teh baru je balik dari membeli ikan dan sayur dengan peraih yang berhenti ditepi jalan besar itu. Ikan yang dijualnya amat berpatutan dan masih lagi segar. Sementara semua warga dirumah ini sibuk dengan tugasan masing-masing dan anak kesayangannya masih lagi lena, Rizal mendapatkan kunci keretanya dan terus memandu menghala ke Bandar Permaisuri. Rizal kesana untuk mendapatkan senaskah surat khabar. Dalam perjalanan balik, dia singgah sebentar di kedai Kopi Bidin untuk berjumpa dengan rakan sekampung. Kebetulan yang berhormat pun ada sama. Apa lagi…ramailah orang dikedai Bidin hari ini. Setidak tidaknya dapatlah minum percuma. Inilah antara tugas yang berhormat pada pandangan masyarakat. Mereka akan terkilan dan kecewa kalau yang berhormat datang dengan tangan kosong sahaja. Silap hari bulan pilihanraya akan datang, akan tiadalah undi untuknya. Beginilah kisahnya keadaan politik dikampung pada kacamata Rizal. Semuanya nak disuapkan. Semuanya nak projek dan bangunan infrustruktur yang indah seolah olah boleh dipetik dengan jari tanpa adanya sebarang usaha. “Ahh kalau aku jadi yang berhormat pun pening kepala dibuatnya” Keluh Rizal dalam hatinya.
Menyedari dirinya sudah berada terlalu lama dikedai kopi itu, Rizal meminta izin mengundurkan diri. Seperti juga dengan pelanggan yang lain. Rizal meninggalkan kedai itu dengan mengharapkan harga segelas teh tariknya akan dibayar oleh YB. “Terima kasih YB” Ucapan ikhlas dari Rizal dan terus pulang ke rumahnya.
“Yeh yeh..abah balik” jerit Farah dengan nada keriangan setelah melihat kereta abahnya memasuki pintu pagar diperkarangan rumah. Sebaik sahaja Rizal keluar dari kereta, farah terus menerpa. Rizal mendukung anak kesayangannya itu dan membawanya bersiar siar disekitar laman rumah.
“Lama dah farah bangun” Tanya Rizal kepada isterinya. “Baru sepuluh minit bang. Belum apa-apa dah sibuk Tanya abah mana?, abah mana?”. Celah isterinya lagi. “Oooh farah cari abah ya. Abah pegi jalan-jalan tadi. Abah pegi beli surat khabar. Nanti bila farah besar, farah pun boleh baca surat khabar yang abah beli ni”Rizal terus menerangkan kepada anaknya kenapa dia tiada dirumah. “kalau macam nilah hari-hari, macammanalah aku nak tinggalkannya untuk berbulan-bulan lamanya” sahut hati kecil Rizal sambil mencium pipi anaknya itu.


“farah! Cepat datang dekat abah” Rizal memanggil anaknya dengan penuh manja. Namun farah seakan tidak berminat untuk menghampiri. Dia lebih selesa berada di atas troli barang sambil mengharapkan abah dan mamanya menolak troli itu sejauh yang mungkin. Apapun masa sudah mencemburui mereka sekeluarga. Panggilan terakhir sudah beberapa kali diulangi. Lalu buat kali terakhir bertentang mata dan dapat bersama, Rizal mendukung Farah dengan penuh kasih sayang. Walaupun dia masih kecil dan belum memahami kenapa perpisahan ini harus berlaku, dia tetap merelakannya sambil Rizal semakin kuat mendakapnya. “Abah nak pergi kerja ni. Farah jangan nakal-nakal tau. Farah kena jaga mama. Farah kena buat baik dengan ma tok sebab ma toklah yang akan jaga Farah bila mama pergi kerja. Abah dah tak boleh jaga farah lagi. Abah dah nak naik kapal terbang ni” Mmmp dicium pipi anak kesayangannya itu dan meyerahkan semula kepada isterinya. “Okeylah su, ingat pesan abang sebelum ini. Jaga diri baik-baik. Abang akan sentiasa merindui kalian semua”

Cerita Dollah ( Anak suadara Sulong )

Anak saudara sulong juga baru pulang dari United kingdom. Mereka sama sama menaiki teksi lapangan terbang yang secara kebetulannya tempat yang dituju didaerah yang sama. Sulong Di kg Rahmat dan Dollah di Kg Banggol.
Selepas menurunkan sulong di kg rahmat, teksi meluncur dengan lajunya menghala ke kg banggol. Dalam perjalanan, kelihatan pusat giat mara telah dinaiktaraf kepada intitut teknikal mara setiu dan kolej universiti teknologi bestari tersergam indah di putera jaya.
Kawasan bukit menghijau yang dahulunya dipenuhi rumput untuk projek ternakan haiwan telah bertukar wajah dengan pembangunan rumah rumah banglow elit bagi golongan berada. Juga kelihatan padang golf 18 lubang di sekitarnya seakan melihat padang golf di Mine resort City Kuala lumpur. Kelihatan juga pelbagai papan tanda menunjukkan arah jalan ketaman taman perumahan di putera jaya. Paling menariknya kepada Dollah apabila disapa oleh Pemandu teksi itu dan bertanyakan jalan mana yang hendak dilalui untuk ke kg banggol. Rupanya sudah ada jalan utama yang menghubungkan Putera jaya dengan kg banggol tanpa melalui jalan penarik. Dengan adanya jalan raya yang baru ini, kawasan sekitar yang dahulunya dipenuhi dengan semak samun dan estet getah serta kelapa sawit telah bertukar wajah. Komplek rumah guru untuk sekolah sekitarnya tersergam indah. Sekolah Imtiaz juga tersergam indah lalu mencetuskan lonjakan pembangunan yang pantas di laluan Putera Jaya- kg Bangol.Pusat pengumpulan dan pegedaran hasil tani mukim tasik diadakan. Projek pertanian berasaskan fertigasi mega diwartakan sebagaimana yang terdapat di Telaga papan Setiu. Petani petani dan golongan merasa selesa dengan pemberian lot lot tanah untuk rumah kediaman. Sesunnguhnya tidak pernah sebelum ini hutan tebal yang menghiasi segitiga Bandar Permaisuri-Putera jaya-Kg banggol berubah wajah dengan sekelip mata.
Dollah membuat keputusan untuk meneruskan perjalanan melalui Bandar permaisuri. Jajaran perbandaran sejauh 3 kilometer telah dipenuhi dengan pelbagai ruang niaga dan gedung gedung besar. Hospitalnya canggih dengan perkhidmatan paperless. Balai Polis nya besar setaraf dengan Bandar Bandar lain di terengganu. Sebelum menemui simpang Ke penarik, tanah tanah di depan pejabat pos sudah bertukar wajah. Bangunan umno setinggi 5 tingkat dengan rekabentuk yang amat menarik telah dijadikan Hotel untuk memenuhi keperluan runag bilik didareah setiu. Ditingkat bawahnya pula, bank pertanian menyewanya bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk setiu. Bank pertanian ini bukan lagi cawangan kecil yang hanya boleh berurusan untuk kelaur masuk wang sahaja. Malah lebih dari itu. Semua jenis perkhidmatan ditawarkan dan petani petani tidak perlu ke jertih lagi. Menariknya banyak lagi intitusi kewangan dating membuka cawangannya di daerah setiu ini seperti maybank, RHB dan lain lain. Bangunan Yayasan islam terengganu juga berubah wajah dengan terdirinya satu komplek pendidikan anak anak pra sekolah bagi melahirkan generasi ulul albab. Kebetulan hari ini adalag hari sabtu. Bandar permaisuri masih lagi mengekalkan ciiri ciri istimenya dengan masih lagi wujud pekan sehari buat peniaga kecil. Perhentian bas dan teksi mula dipenuhi dengan orang awam untuk menggunakan perkhidmatan awam ke kg masing masing. Bas cas ligas dan teksi bermeter juga kelihatan.
Bandar permaisuri ibarat bandar dalam taman dan sungai setiu juga dipelihara dgn baik. Pejabat pejabat kerajaan persekutuan juga telah diletakkan dibawah satu bumbung bagi menggantikan premis lama yang hanya menyea di ruang yang layak untuk dijadikan kedai sahaja. Pejabat agama setiu juga tersergam indah dan menjadi mercu tanda baru bandar permaisuri. Persimpangan utama juga telah dipenuhi dengan lampu isyarat untuk mengelakkan kesesakan. Pergerakan kereta bertali arus menjajari jalan utama putera jaya hingga ke air sejuk.

Melalui jalan Permaisuri penarik juga mengkagumkan Dollah. Jalan yang selama ini sempit dan berliku sudah dinaik taraf menjadi lebar dan lurus. Lembah setiu juga sentiasa memberikan hasil yang lumayan kepada pesawah. Tanaman padi dapat diusahakan sebanyak dua kali setahun dengan hasil yang maksima. Tiada lagi ancaman banjir kerana projek tebatan banjir yang sudah lama di impikan oleh peminpin dan rakyat daerah setiu. Bukit kemudu juga Hebat. Bukit bukit yang selama ini di ambil tanahnya untuk tujuan pembagunan telah diserikan pusat pertumbuhan ekonomi baru dalam bidang pembaikan jentera berat.

Bukit abal tetap dengan satus quo nya yang dipenuhi dengan estet getah bagi sumber pendapatan. Akhirnya Dollah telah sampai ke kampungnya yang tercinta. Banyak yang telah berubah disini. Apapun perubahan minda penduduk kampung banggol cukup mengembirakan hati dollah. Minda berubah seiring dengan terbinanya Masjid, Sekolah, Klinik Desa, Dewan Orang ramai, Banguna Tadika KEMAS dan macam macam lagi. Jalan jalan kampong semuanya sudah berturap. Kedai kedai makan sentiasa dipenuhi pelanggan yang datangnya dari tempias pembangunan mampan sekitar segitiga Permaisuri-Putera Jaya-Kg banggol. Anak anak muda asyik melayari internet di Cyber café Perpustakaan desa, Bestari Dot Com. Golongan tua dihormati, dan anak anak kecil bermain ditaman permainan bersama keluarga. Sebagai kg Lama, Agak mustahil untuk diangkat sebagai sebuah Bandar utama. Cukuplah hanya sebagai sebuah kampong yang mempunyai segala kemudaha selesa. Agenda pemimpin masyarakat yang sentiasa mahu Kg banggol dikenali di mata dunia sentiasa diusahakan. Mereka sentiasa berusaha untuk menjadikan moto bangol berseri sentiasa dihati. Muafakat membawa berkat. Dalam arus pemodenan, kg Banggol tetap terkenal dengan kerja kerja gotong royong dan sebagainya. Aktiveti bulanan seperti sukaneka, munumbuk emping, khatam ramai ramai, demostrasi kueh tradisional telah meletakkankan kg bnaggol dalam calendar pelancongan. Maka ramailahpenduduk yang mengusahakan perkhidmatan HomeStay untuk pelancong. Penduduk kampong banggol juga dating dari pelbagai latar belakang. Yang dibanggakan ialah adanya Doktor, Peguam, Pilot, Ahli yang Berhormat ( barangkali menteri atau exco ), kontraktor kelas A, Pensyarah, Pemborong, Peruncit, Import/eksport , Guru, serta lain lain lagi. Tak dilupakan petani moden yang mepunyai jentera sendiri.

Ditempat yang lain, Dollah sekadar bertnyakan khabar kawan kawan lamanya sahaja. Rupanya Keseluruhan setiu mendapat tempais pembgunan ECER menjelang Negara maju 2020. Penarik maju, Pesisir pantai dijadikan sektor pelacongan utama. Institut Perikanan negara jega telah ditubuhkan untuk melahirkan nelayan moden. Tanah lembab setiu dijaga rapi dan sentiasa didampingi oleh penyelidik dalam dan luar negara. Sebuah menara pemantau juga didirikan untuk membolehkan pemdangan hutan paya bakau dinikmati dengan damainya. Menara ini juga bakal menjadikan satu lagi Icon negeri dalam sektor pelancongan. Barangkali antara menara yang tertinggi di Malaysia. Sempada setiu besut juga membangun dengan pesatnya hasil limpahan taman Ilmu dan Universiti darul Iman. Lembah Bidong pula bertukar wajah menjadi bandar pelancongan bertaraf lima bintang. Kejohanan FEI menyerikan dan menaikan nama terengganu diersada dunia setaraf Monsoon Cup di Pulau Duyung.

Di Hulu Setiu pula, projek agropolitan mengubah taraf sosio ekonomi penduduk pendalaman. Jaringan jalan raya yang bertambah baik serta kerancakan pembinaan Lebuhraya fasa kedua memakmurkan penduduknya.

Rupanya hasrta Dollah untuk menetap semuala di Kg Banggol tanah air yang tercinta bukan lagi impian. Ianya boleh dijadikan real;iti kerana peluang kerja terbentang luas untuk dirinya yang mempunyai kelulusan dan anugerah nobel sebagaimana bapa saudaranya Sulong.
Sulong dan Dollah adalah produk baru rakyat terengganu. Produk generasi Ulul Albab.