Barisan Nasional terengganu yang ditunjangi UMNO berjaya membentuk kerajaan setelah menang dalam pilihanraya umum yang ke 12 dengan 2/3 majoriti. Sekali gus menidakkan gelombang tsunami yang melanda pantai barat semenanjung Malaysia.
Bermulanya pembubaran parlimen, Terengganu dilihat bakal mendapat persaingan yang sengit apabila isu pemilihan calon mendominasi cakap cakap politik dari kedai kopi hinggalah ke serata tempat. Pengguguran seramai 16 orang calon untuk digantikan dengan muka muka baru amat mengejutkan semua pihak. Apatah lagi beberapa orang daripadanya adalah calon yang cukup berpengaruh seperti dato Man Bakar, Pok Rosli, Tengku Putera dan Dr Latif.
Isu isu ini dibincangkan dengan meluasnya didalam blogger dan akhbar tempatan. Dan saya tidak bercadang untuk mengupas panjang cerita yang boleh dikatakan sudah basi selepas berakhirnya PRU 12.
Walaubagaimanapun, saya ingin mengupasnya dari perspektif akar umbi iaitu scenario yang berlaku diperingkat kampung/cawangan akibat dari percaturan berani Mantan Menteri Besar Deris Jusoh.
Kerisauan petugas pilihanraya dan jentera kempen barisan nasional lebih ditumpukan kepada kerenah pengundi yang berada dalam kelompok Barisan Nasional itu sendiri. Ini menjadikan pertandingan kali ini adalah tiga penjuru iaitu BN team A (Calon), BN Team B ( Bekas Wakil Rakyat ) dan pembangkang. Suka juga dimaklumkan, pembangkang kali ini tidak mampu menyerlah dikawasan yang dikuasai UMNO. Mereka seolah mengaku kalah dari awal awal lagi. Lalu pertembungan dalam kempen Pilihanraya kali ini adalah antara team A dan team B sahaja. Cakap cakap yang merunsurkan kesetiaan kepada parti sudah terhakis. Faktor calon yang diletakkan sebagai 60% nampaknya menjadi kenyataan. Ini diakui sendiri oleh TPM dalam beberapa kenyataannya sebelum PRU-12.
Kata kata keramat untuk memujuk semua ahli/pengundi bersatu sukar untuk dilaksanakan. Ini adalah kerana pengundi sekarang sudah mempunyai tahap kefahaman dan pengamatan yang tinggi dalam semua segi. Mereka memantau sejak dari 2004 lagi. Adalah misi mustahil untuk mengubahnya dalam masa dua minggu berkempen. Antara isi pokoknya ialah:
Terima siapa sahaja calon yang sudah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.
Isu ini menjadi perdebatan hangat antara team A dan team B.
Team A amat bertuah kerana calon pilihannya dipilih untuk mewakili BN. Persoalannya ialah adakah team A ini ikhlas dalam menentukan hala tuju parti dan kerajaan? Terfikirkah kita apa reaksinya jika calon pilihan mereka tidak terpilih?. Diperingkat kampung, ianya amat jelas bahawa perjuangan team A boleh dipertikaikan. Ini adalah kerana sikap tunggu dan lihat kumpulan mereka bagi menjalankan sesuatu aktiviti. Mereka tidak sanggup bekerja tanpa mengetahui siapa bakal calon bagi kerusi DUN dan Parlimen. Dan apabila calon pilihan mereka menjelma, cepat cepat mereka mencanangkan agenda perjuangan parti. Setia pada parti dan macam macam lagi. Perbuatan mereka amat diragui dan sesungguhnya kebenaran pasti menjelma.
Manakala bagi team B pula, mereka bekerja sebelum calon diumumkan lagi dan kesetiaan pada parti jelas kelihatan secara zahirnya. Cuba peranan yang dimainkan oleh team A dengan melemparkan pelbagai tuduhan tak berasas seperti melabelkan team B sebagai ‘golongan kecewa’ dan bakal mengundi pembangkang sungguh tidak bertanggungjawab. Lalu konflik yang berlaku ini berlarutan sehingga selesai urusan pilihanraya. Sedarlah, jumlah penduduk di sesebuah kampung adalah amat kecil bilangannya. Penduduk kampung tidak mampu lagi hidup berpuak puak apatah lagi berpuak dalam satu ideologi yang sama. Mendokong asas perjuangan yang sama.
2 comments:
Politik Kampung
Suasana di kampung hampir kembali macam biasa.. penduduk meneruskan aktiviti masing-masing ada yang menoreh, menanam sayur, menguruskan kelapa sawit dan sebagainya. Cuma tanaman padi tak menjadi tahun ini kerana masalah pengairan belum lagi selesai (walau pun sebelum ini 2YB + Exco Pertanian ada di kampung ini).
Kehangatan pilihanraya masih lagi terasa walaupun proses tersebut telah berlalu sebulan yang lalu. Group yang menghangatkan suasana pilihanraya kampung (kumpulan 5-1)masih lagi meneruskan aktiviti hampir setiap malam seolah-olahnya banyak lagi perkara yang belum selesai dan perlu dibincangkan. Lebih-lebih lagi exco belum lagi mengangkat sumpah jawatan (dijangkakan hari ini exco terengganu mengangkat sumpah).
Kesuraman juga terasa di kampung ketika ini kerana kebiasaan keadaan ceria pada sebelah malam bertukar sebaliknya apabila masing-masing tidak keluar dan menjauhkan diri kesan daripada polimik politik kampung.
Kumpulan (5-1) juga seharusnya bermuhasabah adakah perlu meneruskan aktiviti yang difikirkan tidak mendatangkan pulang yang positif ke atas diri masing-masing (sehingga jam 3-4 am ham[pir setiap malam) setelah tanggungjawab 8/3/08 telah dilaksanakan dengan jayanya?.
Adalah diharapkan agar silatulrrahimm yang terjalin diantara penduduk kampung selama ini tidak mudah tercalar dek pilihanraya dan dapat membaiki semula keretakan dalam tempoh 4 tahun mendatang seterusnya .. selama-lamanya (dulu, kini dan selamanya)
Untuk kepuasan diri, kadang kadang kita terpaksa melakukan perkara yang lansung tak ada manfaatnya bagi jangkamasa panjang. Apapun buat insan yang meletakkan sesuatu perkara sebagai asas perjuang, agak sukar untuk berkompromi dalam hal hal lain. Maka timbullah isu isu sanggup berjaga malam sampai 3-4 pagi.
Kata pemimpin Negara,”Perjuangan Belum Selesai” Ungkapan ini sering diucapkan dari dulu hinggalah waktu ini. Tak mustahil kata kata keramat ini akan sentiasa berlegar dibenak fikiran kita hinggalah pada tahun 2020 dan barangkali sampai ke akhir hayat.
Jika diambil kira kata kata “perjuangan belum selesai” terus bersama kita dan dibawa bersama untuk hari hari mendatang, wajarkah kita guna pakai kaedah berjaga malam sebagai agenda utama bagi memenuhi sebuah perjuangan. Sangupkah kita berjaga malam sepanjang hidup kita dalam erti kata untuk memenuhi agenda perjuangan yang belum selesai yang sampai bila pun tiada berkesudahan ini.
Pendapat saya tidak. Tidak dan Tidak.
Banyak lagi perkara yang berada disekeliling kita yang perlu diperjuangkkan terutamanya yang melibatkan periuk nasi dan keluarga. Perjuangan ini akan menentukan hala tuju diri dan keluarga kita. Yang penting kita semua sepakat untuk mengiktiraf, apa yang kita lakukan selama ini adalah kerana kita dilandasan yang betul. Biarlah orang lain pula yang mengambil alih usaha usaha murni dalam merealisasikan perjuangan kita. Biarlah barisan exco baru yang mendominasi barisan kepimpinan terengganu membuat yang terbaik dan semoga dapat mengangkat orang orang yang teraniya di barisan hadapan semula.
Buat kumpulan 5, gunakanlah masa yang ada ini untuk kita memperbaiki dan memajukan diri kita. Sama sama kita lontarkan pandangan dan idea untuk mencari kaedah terbaik bagi menghadapi survival hidup yang penuh dengan onak dan duri ini. Gabungkanlah kepakaran untuk dijadikan satu asas bagi melahirkan satu entiti bisnes yang disegani dan dihormati.
Buat penduduk kampung, bangkitlah untuk terus maju membina masa depan keluarga kita. Kukuh institusi keluarga kita kukuhlah masyarakat kampung kita. Jangan ada lagi tuding menuding antara satu sama lain. Jangan ada lagi nak kerat sana kerat sini. Yang tua dihormati dan yang muda dikasihi. B------ Berseri. Dan bermacam lagi. Sesungguhnya slogan yang bermain disanubari penduduk kampong kita mendahului slogan pok yeh dan kawan kawanya. Itulah bisanya pemimpin terdahulu yang dipandang sebelah mata oleh golongan yang tak mengenang budi. Mereka lupa siapa yang angkat mereka untuk menjadi orang yang berguna dan berharta. Perbanyakanlah aktiviti untuk masyarakat lebih mendekati dan memahami jiwa anak anak muda di kampong. Rupanya pesanan dari bekas pemimpin kampong kita besar nilainya. Masih teringat dalam ucapan terakhirnya sebelum beliau berangkat ke tanah suci Mekah ( Sumbangan Kerajaan negeri Terengganu ) di dalam masjid selepas solat jumaat. Beliau berkata “ Selalulah berdampingi dengan golongan belia dikampung. Jangan pandang serong pada perbuatan mereka. Mereka juga adalah sebahagian dalam kelopok masyarakat kita yang menentukan ketenteraman, keamanan dan keselamatan kampong kita terjamin.”.
Post a Comment