Saturday, April 26, 2008

Meningkatkan pengeluaran padi Negara.

Hari ini isu beras menjadi hangat apabila seluruh dunia memperkatakan tentang kenaikan harga beras dan juga stok yang berkurangan. Langkah kerajaan mengumumkan pelan jangka panjang bagi memaksimumkan simpanan beras Negara adalah wajar. Antaranya ialah membuka kawasan baru penanaman padi di Sarawak. Walaubagaimanapun perlaksanaan tersebut haruslah dijalankan selepas mengambil kira faktor faktor dibawah.


Pertama:
Sebenarnya banyak sawah sawah terbiar di semenanjung Malaysia. Lebih malang lagi ada antara lembah jelapang padi yang dikategorikan sebagai sumber utama pengeluaran padi telah hilang fungsinya akibat dari keghairahan untuk melaksanakan transformasi pertanian. Dalam erti kata lain memodenkan sistem saliran dan pengairan. Antara yang di kenal pasti ialah lembah Setiu. Majoriti penduduk setempat telah hilang mata pencarian sejak beberapa tahun yang lalu hinggalah kini akibat dari pemodenan system pengairan yang berkesudahan dengan kegagalan dalam konteks penyediaan sistem perparitan yang sempurna. Petani petani merungut kerana tidak mendapat air yang mencukupi bagi sawah sawahnya. Ini berpunca dari kecuaian kontraktor yang tidak serius untuk melaksanakan projek tersebut. Antara faktor kesukaran mendapat sumber air ialah kerana kecerunan lonkang yang tidak sama. Yang lebin terkilan lagi adalah kerana kecerunan itu semakin menaik hinggakan aliran air terbantut untuk sampai ke penghujungnya. Ini jelas kesilapan kejuruteraan. Namun apakan daya, kesilapan ini masih lagi boleh ditutup mata kerana ianya tidak sehebat kejadian bumbung runtuh dan sebagainya. Bagi petani disini, membina sistem perparitan yang tidak mampu mengalirkan air kepada kawasan penanaman padi sama besarnya kesilapan kontraktor yang mendirikan struktur bangunan yang tidak kukuh sehingga menjadikan bumbung itu runtuh. Malahan dari segi kos dan penggunaan wang kerajaan, kos projek saliran dan perparitan adalah lebih besar nilainya dari kos sebuah bangunan. Difahamkan projek pengairan menelan belanja ratusan juta ringgit. Apakah kita perlu menutup mata untuk membaiki kesilapan ini. Apakah kita sanggup melihat petani petani tiadak mampu menanam padi kerana masalah pengairan yang faktor asasnya kesilapan manusia. Bolehkah kita samakan kerugian petani yang gagal menuai hasil padi akibat dari sistem perparitan dengan kegagalan petani menuai akibat dari bencana alam. Nyata dua perkara yang berbeza dan diharapkan agensi yang terlibat berusaha untuk memulihkannya secara serius. Kasihanilah nasib petani di lembah setiu. Memulihkan system perparitan di lembah setiu bererti berusaha menambahkan hasil pengeluaran padi Negara. Memulihkan kawasan yang memang sudah serasi dengan penanaman padi adalah lebih baik dari membuka kawasan hutan yang belum tentu menjamin hasilnya dalam erti kata mendapatkan final produk iaitu bekalan beras untuk Negara.

Kedua:
GLC boleh memainkan peranan yang aktif dengan membuat pelaburan besar besaran di Negara Negara yang dikenal pasti sebagai pengeluar utama seperti Thailand, Combodia dan sebagainya. Kalau kita berjaya dan berani melabur untuk membuka kawasan perladangan kelapa sawit dalam skala besar di luar Negara, kenapa tidak kepada tanaman padi. Konsep yang sama perlu dilaksanakan. Dengan itu pengeluaran padi sentiasa berada didalam keadaan yang mencukupi dan keuntungan GLC itu adalah keuntungan Negara. Maka jika usaha pengimportan beras bakal dibahaskan, saya yakin kita akan bersetuju mengimport beras dalam skala yang besar dari luar Negara. Apatah lagi beras yang dihasilkan itu adalah beras produk GLC Malaysia di luar Negara.

1 comment:

dermawan budiman said...

i do agree with your points... please kindly have a look on this blog URL http://suterasemai.blogspot.com