Saturday, April 26, 2008

Bayaran Tol RM1 Sepanjang Hayat

Beberapa hari lepas, saya berada di Ibu Negara atas urusan peribadi. Sepanjang perjalanan melewati lebuhraya bertol di Lembah Klang, membuatkan saya terfikir akan keperitan warga kota yang terpaksa menanggung beban bayaran tol sepanjang masa.. Ini bererti bagi pengguna lebuhraya, bajet bulanan untuk bayaran adalah sesuatu yang wajib dan sama pentingnya dengan keperluan harian mereka yang lain. Kalau dihitung secara kasarnya memang agak tinggi dan membebankan rakyat terutamanya bagi golongan pertengahan kebawah.

Saya pula merupakan seorang pelaut yang banayak mendapat nikmat dari kerajaan seperti pengecualian cukai dan sebagainya. Kehidupan kami juga banyak dilaut dan amatlah kurang sengsaranya dengan segala macam keperitan yang dilalui oleh masyarakat didaratan. Walaubagaimanapun atas dasar keperihatinan terhadap scenario yang berlaku dalam negara kebelakangan ini, membuatkan saya terpanggil untuk melontarkan pandangan terhadap permasaalahan bayaran tol yang sentiasa naik dari masa ke semasa.

Umum mengetahui, kenaikan kadar tol tidak dapat dielakkan kerana perjanjian dengan syarikat konsensi dan sebagainya. Seringkali kita mendengar juga pampasan yang terpaksa dibayar oleh kerajaan untuk tidak menaikkan kadar bayaran mengikut tempoh perjanjian. Kesimpulannya kenaikan tol membebankan rakyat dan ti dak ikut perjanjian dengan syarikat konsesi pula membebankan pihak kerajaan kerana wang pampasan.

Keputusan PRU 12 membuktikan kerajaan pragmatik sukar diterima rakyat. Rakyat sekarang ini memilih parti yang berorientasikan keputusan popular. Antara contoh popular ialah janji untuk menurunkan harga minyak dan sebagainya. Mungkin ianya sukar untuk dilakukan dalam keadaan harga dipasaran global yang meningkat dari masa kesemasa. Hakikatnya pendapatan rakyat Malaysia yang kecil dan kos sara hidup yang meningkat membuatkan pengundi mengambil jalan pintas untuk memilih parti yang menjanjikan sesuatu yang popular. Mahukan parti yang mengikut kehendak rakyat.

Kerajaan BN yang banyak jasanya hampir tumbang kerana tidak dapat menangani isu isu popular dari parti pembangkang. Persoalan sekarang ini, adakah kerajaan sekarang ini masih mahu mengikut kaedah yang sama dalam pentadbiran (pragmatik) atau mahu mengikut rentak pembangkang yang sentiasa menjanjikan sesuatu yang popular. Pada pedapat saya, eloklah BN juga mencipta sesuatu yang popular agar kerajaan yang banyak jasanya kepada negara ini dapat terus berkuasa pada penggal yang berikutnya.

Antara isu yang popular pada pertimbangan saya ialah mengurangkan kadar bayaran tol diseluruh lembah Klang. Dengan ini, saya akan mencadangkan sesuatu seperti dibawah dan harap pakar ekonomi dapat memperbetulkan cadangan saya ini yang hanya bersandarkan logik akal sahaja. Maklumlah penulis bukannya pakar ekonomi. Penulis mempunyai dunia kehidupan yang tersendiri di tengah lautan.

Saya cadangkan agar Kerajaan mengambil alih sepenuhnya pengurusan lebuhraya dari syarikat konsesi bagi lebuhraya disekitar lembah Kelang. KWSP boleh memainkan peranannya untuk membeli 100% pegangan dan membuat perjanjian baru dengan pihak kerajaan bagi kaedah kaedah pembayaran tol yang murah dan diterima rakyat. Jika ianya berlaku, saya cadangkan agar bayaran kutipan tol diseluruh plaza tol bagi lembang klang ialah RM 1 dan tempoh konsesi ialah sepanjang hayat. Saya percaya dengan bayaran RM1, warga kota tidak kisah jika sepanjang hidupnya terpaksa membayar tol. Menjadikan bayaran tol sebanyak RM1 adalah satu tindakan popular. Munking kita tidak dapat keuntungan segera. Tetapi bayangkanlah berapa pendapatan yang bakal diperoleh oleh KWSP sepanjang hayatnya. Jumlah kenderaan sentiasa bertambah dari masa kesemasa. Dan keuntungan sentiasa dinikmati selamanya. Bagi saya yang bercakap dari logik akal ini, ianya memang menguntungkan KWSP dan mempopularkan BN.

Kenapa KWSP???
KWSP mempunyai dana yang besar sehinggakan ada permintaan dari pengurusan tertingginya yang meminta kerajaan untuk membenarkan membuat pelaburan diluar negara. Ini adalah kerana mereka memberikan alasan bahawa size dananya yang besar itu sudah tidak sesuai untuk dilaburkan dalam pasaran domestik. Jadi tidakkah dengan mengambil sebahagian daripada dana yang besar itu dan membayar cash kepada syarikat konsesi yang sedia ada adalah satu tindakan yang bijak?.
Semoga pakar ekonomi dapat memberikan komen terhadap cadangan saya ini.

No comments: