Friday, March 21, 2008

Cerita yang masih tercari cari ilham baru

Rizal masih lagi menumpang dirumah mentua. Buat masa ini dia masih belum merancang untuk mencari rumah sendiri. Bukannya tidak mampu. Tatapi memikirkan ada tangungjawab yang besar yang perlu dipikulnya. Lalu rumah putih beratapkan esbestos dan berdingdingkan papan ini akan terus membawa kehidupan rizal yang baru memperoleh cahaya mata pertama. Isterinya gembira dan mentuanya juga senang menerima kehadiran cucu yang dekat di mata ini. Sambil itu Rizal memerhatikan keadaan diluar rumahnya melalui pintu jendela yang terbuka luas itu. Disekeliling rumah ini dipagari. Walau tidak keseluruhan kawasan tanah yang seekar ini dipagari, namun cukuplah mengelakkan daripada dimasuki lembu untuk menumpang teduh diwaktu hujan ataupun mencuri rumput dan bunga bungaan dihalaman. Kawasan ini tidak dipagar sepenuhnya kerana terpaksa memberikan jalan kepada penduduk hujung kampung melaluinya.
Kampung yang Rizal tinggal sekarang ini adalah perkampung lama. Perancangan oleh kerajaan tempatan pada zaman dahulu tidak teratur dan mungkin juga mereka tidak peka akan kepentingan infrastruktur seperti jalanraya dan sebagainya. Mereka tidak berfikir jauh sejauh perdana menteri keempat merealisasikan impian rakyatnya. Pada mereka buat apa digazetkan jalan yang luas kalau semua anak tempatan seronok dengan berkayuh basikal kehulu kehilir. Bagi mereka diwaktu itu, mempunyai basikal seperti mempunyai kereta mewah dizaman ini. Lalu tidak apalah kalau setakat mempunyai lorong kecil di tepi rumah orang atau pun di belakang dapur. Lalu mereka juga membahagikan lot-lot tanah kepada semua dan mengabaikan rezab jalan. Bahananya, sekarang ini kampung ini bermasalah dengan kemudahan asas. Banyak lagi jalan yang masih belum berturap walau kemampuan melaksanakannya ada. Mana mampu mereka merampas tanah orang hanya untuk membuat jalan bitumin. Mungkin ada yang bergadai bergolok kalau diteruskan juga. Lalu tuan punya tanah yang mempunyai jalan utama akur juga dengan kehendak masyarakat dan membenarkan tanahnya dilalui setiap masa. Ada yang sudak berlekuk dan senang bertakung air apabila hujan lebat melanda. Kenderaan yang lalu pada zaman ini bukanya sebuah basikal lagi. Kini keperluan semasa menjadikan motor kenderaan utama dan yang mampu sedikit membeli kereta. Basikal hanya tinggal nama sahaja. Itupun di gelarkan Basikal Tua.
Dan diluar rumah ini juga Rizal memerhatikan seorang budak yang berjalan kaki dengan penuh kedaifan. Setiap hari dia memakai pakaian yang sama. Seluar pendek bewarna biru dan baju t yang sudah lusuh. Dia seorang anak yang ayahnya cacat dan ibunya melarikan diri entah kemana. Dia cucu kepada Nek Sum yang kerjanya ibarat kais pagi dan makan pagi kais petang makan petang. Kesian Rizal kepada keluarga ini. Adakah masyarakat tidak menolongnya?. Rasanya..sudah. Rumahnya ditumpangkan di atas tanah tok ketua. Setiap bulan diberikan bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat dan pelbagai lagi. Cuma barangkali masalah keluarga menjadikan keluarga ini terumbang ambing tanpa arah. Budak ini tidak berminat untuk belajar dan tidak tahu apa kepentingan pendidikan untuk masa depan. Nasihat guru gurunya umpama masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Kadang kadang menjadi mangsa kepada remaja remaja nakal sebagai orang suruhan untuk membeli rokok di kedai runcit.
Budak itu berjalan hingga ke hujung kampung mencari kawan yang sebayanya. Kawannya pula berada di tepi hutan. Di tepi hutan kerana ayahnya meneroka tanah haram. Lalu bercucuk tanam dan mendirikan rumah sebagai cagaran. Kerana sedar diri mereka membuat kesilapan, maka golongan tua di tepi hutan ini segan untuk bercampur dengan masyarakat setempat. Mereka tidak kisah semua itu. Yang mereka tahu kerajaan zalim kerana tidak membantu. Mereka masih lagi berpelita ayam, bersumberkan air perigi.
“Bang, minuman dah siap” Sahut Siti kepada rizal. Lalu Rizal tersentap dari lamunan yang panjang di tepi tingkap itu. Sejak dua menjak ini Rizal suka sangat memikirkan masalah kampungnya. Seolah oalah dialah ketua kampong di sini. Apapun tujuannya ikhlas. Dia nak melihat anak watan kampungnya berjaya sebagaimana dia berjaya dalam pekerjaan yang bergaji lumayan. Dia nak lihat kampungnya juga dibangunkan sebagaimana tempat tempat lain yang pernah dijejakinya. Minuman yang tersedia itu dihirup sedikit demi sedikit bersama-sama dengan keropok lekor goreng yang masih panas lagi. Inilah makanan kegemaran Rizal.
“Bang cuti abang dah nak habis ni, abang tak nak beli baju uniform baru ke. Baju putih tu dah lusuh sangat lah bang” Isterinya menyapa bertanyakan tentang persediaan suaminya untuk menaiki kapal. “Tak apalah siti, baju lama boleh pakai lagi tu. Siti tak payahlah fikirkan sangat tentang pakaian abang. Kalau dah sampai waktunya tu, Siti kemaskan barang seperti biasa. Yang penting dokumen pekerjaan abang mesti ada. Tak boleh tertinggal satu pun. Nanti sia sia sahaja abang pergi kerja. Tak lengkap dokumen abang, tak boleh kerja tau”. Rizal memberi pesanan kepada isterinya. “Yalah abang, siti faham”. Siti menjawab sambil mengangukkan kepalanya. “Ahh kita tak payah bercerita pasal kerja abang dululah. Abang tak puas lagi berada di kampong ni. Kalau boleh abang nak berada sisi Siti dan farah selama yang mungkin. Nanti bila dah belayar, tak dapat lagi merasai suasana seperti ini. Terpaksalah memendam rindu”. Keluh Rizal yang amat terasa sangat bahawa dirinya bakal kepangkuan kerja tak lama lagi. “Baiklah abang. Abang habiskan minuman ni ya. Siti nak pergi jemur pakaian sekejap”. Siti meminta izin mengundurkan diri dahulu.
Farah masih lagi lena tidur dalam buaian. Nenek Teh baru je balik dari membeli ikan dan sayur dengan peraih yang berhenti ditepi jalan besar itu. Ikan yang dijualnya amat berpatutan dan masih lagi segar. Sementara semua warga dirumah ini sibuk dengan tugasan masing-masing dan anak kesayangannya masih lagi lena, Rizal mendapatkan kunci keretanya dan terus memandu menghala ke Bandar Permaisuri. Rizal kesana untuk mendapatkan senaskah surat khabar. Dalam perjalanan balik, dia singgah sebentar di kedai Kopi Bidin untuk berjumpa dengan rakan sekampung. Kebetulan yang berhormat pun ada sama. Apa lagi…ramailah orang dikedai Bidin hari ini. Setidak tidaknya dapatlah minum percuma. Inilah antara tugas yang berhormat pada pandangan masyarakat. Mereka akan terkilan dan kecewa kalau yang berhormat datang dengan tangan kosong sahaja. Silap hari bulan pilihanraya akan datang, akan tiadalah undi untuknya. Beginilah kisahnya keadaan politik dikampung pada kacamata Rizal. Semuanya nak disuapkan. Semuanya nak projek dan bangunan infrustruktur yang indah seolah olah boleh dipetik dengan jari tanpa adanya sebarang usaha. “Ahh kalau aku jadi yang berhormat pun pening kepala dibuatnya” Keluh Rizal dalam hatinya.
Menyedari dirinya sudah berada terlalu lama dikedai kopi itu, Rizal meminta izin mengundurkan diri. Seperti juga dengan pelanggan yang lain. Rizal meninggalkan kedai itu dengan mengharapkan harga segelas teh tariknya akan dibayar oleh YB. “Terima kasih YB” Ucapan ikhlas dari Rizal dan terus pulang ke rumahnya.
“Yeh yeh..abah balik” jerit Farah dengan nada keriangan setelah melihat kereta abahnya memasuki pintu pagar diperkarangan rumah. Sebaik sahaja Rizal keluar dari kereta, farah terus menerpa. Rizal mendukung anak kesayangannya itu dan membawanya bersiar siar disekitar laman rumah.
“Lama dah farah bangun” Tanya Rizal kepada isterinya. “Baru sepuluh minit bang. Belum apa-apa dah sibuk Tanya abah mana?, abah mana?”. Celah isterinya lagi. “Oooh farah cari abah ya. Abah pegi jalan-jalan tadi. Abah pegi beli surat khabar. Nanti bila farah besar, farah pun boleh baca surat khabar yang abah beli ni”Rizal terus menerangkan kepada anaknya kenapa dia tiada dirumah. “kalau macam nilah hari-hari, macammanalah aku nak tinggalkannya untuk berbulan-bulan lamanya” sahut hati kecil Rizal sambil mencium pipi anaknya itu.


“farah! Cepat datang dekat abah” Rizal memanggil anaknya dengan penuh manja. Namun farah seakan tidak berminat untuk menghampiri. Dia lebih selesa berada di atas troli barang sambil mengharapkan abah dan mamanya menolak troli itu sejauh yang mungkin. Apapun masa sudah mencemburui mereka sekeluarga. Panggilan terakhir sudah beberapa kali diulangi. Lalu buat kali terakhir bertentang mata dan dapat bersama, Rizal mendukung Farah dengan penuh kasih sayang. Walaupun dia masih kecil dan belum memahami kenapa perpisahan ini harus berlaku, dia tetap merelakannya sambil Rizal semakin kuat mendakapnya. “Abah nak pergi kerja ni. Farah jangan nakal-nakal tau. Farah kena jaga mama. Farah kena buat baik dengan ma tok sebab ma toklah yang akan jaga Farah bila mama pergi kerja. Abah dah tak boleh jaga farah lagi. Abah dah nak naik kapal terbang ni” Mmmp dicium pipi anak kesayangannya itu dan meyerahkan semula kepada isterinya. “Okeylah su, ingat pesan abang sebelum ini. Jaga diri baik-baik. Abang akan sentiasa merindui kalian semua”

No comments: