Saturday, April 26, 2008

Meningkatkan pengeluaran padi Negara.

Hari ini isu beras menjadi hangat apabila seluruh dunia memperkatakan tentang kenaikan harga beras dan juga stok yang berkurangan. Langkah kerajaan mengumumkan pelan jangka panjang bagi memaksimumkan simpanan beras Negara adalah wajar. Antaranya ialah membuka kawasan baru penanaman padi di Sarawak. Walaubagaimanapun perlaksanaan tersebut haruslah dijalankan selepas mengambil kira faktor faktor dibawah.


Pertama:
Sebenarnya banyak sawah sawah terbiar di semenanjung Malaysia. Lebih malang lagi ada antara lembah jelapang padi yang dikategorikan sebagai sumber utama pengeluaran padi telah hilang fungsinya akibat dari keghairahan untuk melaksanakan transformasi pertanian. Dalam erti kata lain memodenkan sistem saliran dan pengairan. Antara yang di kenal pasti ialah lembah Setiu. Majoriti penduduk setempat telah hilang mata pencarian sejak beberapa tahun yang lalu hinggalah kini akibat dari pemodenan system pengairan yang berkesudahan dengan kegagalan dalam konteks penyediaan sistem perparitan yang sempurna. Petani petani merungut kerana tidak mendapat air yang mencukupi bagi sawah sawahnya. Ini berpunca dari kecuaian kontraktor yang tidak serius untuk melaksanakan projek tersebut. Antara faktor kesukaran mendapat sumber air ialah kerana kecerunan lonkang yang tidak sama. Yang lebin terkilan lagi adalah kerana kecerunan itu semakin menaik hinggakan aliran air terbantut untuk sampai ke penghujungnya. Ini jelas kesilapan kejuruteraan. Namun apakan daya, kesilapan ini masih lagi boleh ditutup mata kerana ianya tidak sehebat kejadian bumbung runtuh dan sebagainya. Bagi petani disini, membina sistem perparitan yang tidak mampu mengalirkan air kepada kawasan penanaman padi sama besarnya kesilapan kontraktor yang mendirikan struktur bangunan yang tidak kukuh sehingga menjadikan bumbung itu runtuh. Malahan dari segi kos dan penggunaan wang kerajaan, kos projek saliran dan perparitan adalah lebih besar nilainya dari kos sebuah bangunan. Difahamkan projek pengairan menelan belanja ratusan juta ringgit. Apakah kita perlu menutup mata untuk membaiki kesilapan ini. Apakah kita sanggup melihat petani petani tiadak mampu menanam padi kerana masalah pengairan yang faktor asasnya kesilapan manusia. Bolehkah kita samakan kerugian petani yang gagal menuai hasil padi akibat dari sistem perparitan dengan kegagalan petani menuai akibat dari bencana alam. Nyata dua perkara yang berbeza dan diharapkan agensi yang terlibat berusaha untuk memulihkannya secara serius. Kasihanilah nasib petani di lembah setiu. Memulihkan system perparitan di lembah setiu bererti berusaha menambahkan hasil pengeluaran padi Negara. Memulihkan kawasan yang memang sudah serasi dengan penanaman padi adalah lebih baik dari membuka kawasan hutan yang belum tentu menjamin hasilnya dalam erti kata mendapatkan final produk iaitu bekalan beras untuk Negara.

Kedua:
GLC boleh memainkan peranan yang aktif dengan membuat pelaburan besar besaran di Negara Negara yang dikenal pasti sebagai pengeluar utama seperti Thailand, Combodia dan sebagainya. Kalau kita berjaya dan berani melabur untuk membuka kawasan perladangan kelapa sawit dalam skala besar di luar Negara, kenapa tidak kepada tanaman padi. Konsep yang sama perlu dilaksanakan. Dengan itu pengeluaran padi sentiasa berada didalam keadaan yang mencukupi dan keuntungan GLC itu adalah keuntungan Negara. Maka jika usaha pengimportan beras bakal dibahaskan, saya yakin kita akan bersetuju mengimport beras dalam skala yang besar dari luar Negara. Apatah lagi beras yang dihasilkan itu adalah beras produk GLC Malaysia di luar Negara.

Bayaran Tol RM1 Sepanjang Hayat

Beberapa hari lepas, saya berada di Ibu Negara atas urusan peribadi. Sepanjang perjalanan melewati lebuhraya bertol di Lembah Klang, membuatkan saya terfikir akan keperitan warga kota yang terpaksa menanggung beban bayaran tol sepanjang masa.. Ini bererti bagi pengguna lebuhraya, bajet bulanan untuk bayaran adalah sesuatu yang wajib dan sama pentingnya dengan keperluan harian mereka yang lain. Kalau dihitung secara kasarnya memang agak tinggi dan membebankan rakyat terutamanya bagi golongan pertengahan kebawah.

Saya pula merupakan seorang pelaut yang banayak mendapat nikmat dari kerajaan seperti pengecualian cukai dan sebagainya. Kehidupan kami juga banyak dilaut dan amatlah kurang sengsaranya dengan segala macam keperitan yang dilalui oleh masyarakat didaratan. Walaubagaimanapun atas dasar keperihatinan terhadap scenario yang berlaku dalam negara kebelakangan ini, membuatkan saya terpanggil untuk melontarkan pandangan terhadap permasaalahan bayaran tol yang sentiasa naik dari masa ke semasa.

Umum mengetahui, kenaikan kadar tol tidak dapat dielakkan kerana perjanjian dengan syarikat konsensi dan sebagainya. Seringkali kita mendengar juga pampasan yang terpaksa dibayar oleh kerajaan untuk tidak menaikkan kadar bayaran mengikut tempoh perjanjian. Kesimpulannya kenaikan tol membebankan rakyat dan ti dak ikut perjanjian dengan syarikat konsesi pula membebankan pihak kerajaan kerana wang pampasan.

Keputusan PRU 12 membuktikan kerajaan pragmatik sukar diterima rakyat. Rakyat sekarang ini memilih parti yang berorientasikan keputusan popular. Antara contoh popular ialah janji untuk menurunkan harga minyak dan sebagainya. Mungkin ianya sukar untuk dilakukan dalam keadaan harga dipasaran global yang meningkat dari masa kesemasa. Hakikatnya pendapatan rakyat Malaysia yang kecil dan kos sara hidup yang meningkat membuatkan pengundi mengambil jalan pintas untuk memilih parti yang menjanjikan sesuatu yang popular. Mahukan parti yang mengikut kehendak rakyat.

Kerajaan BN yang banyak jasanya hampir tumbang kerana tidak dapat menangani isu isu popular dari parti pembangkang. Persoalan sekarang ini, adakah kerajaan sekarang ini masih mahu mengikut kaedah yang sama dalam pentadbiran (pragmatik) atau mahu mengikut rentak pembangkang yang sentiasa menjanjikan sesuatu yang popular. Pada pedapat saya, eloklah BN juga mencipta sesuatu yang popular agar kerajaan yang banyak jasanya kepada negara ini dapat terus berkuasa pada penggal yang berikutnya.

Antara isu yang popular pada pertimbangan saya ialah mengurangkan kadar bayaran tol diseluruh lembah Klang. Dengan ini, saya akan mencadangkan sesuatu seperti dibawah dan harap pakar ekonomi dapat memperbetulkan cadangan saya ini yang hanya bersandarkan logik akal sahaja. Maklumlah penulis bukannya pakar ekonomi. Penulis mempunyai dunia kehidupan yang tersendiri di tengah lautan.

Saya cadangkan agar Kerajaan mengambil alih sepenuhnya pengurusan lebuhraya dari syarikat konsesi bagi lebuhraya disekitar lembah Kelang. KWSP boleh memainkan peranannya untuk membeli 100% pegangan dan membuat perjanjian baru dengan pihak kerajaan bagi kaedah kaedah pembayaran tol yang murah dan diterima rakyat. Jika ianya berlaku, saya cadangkan agar bayaran kutipan tol diseluruh plaza tol bagi lembang klang ialah RM 1 dan tempoh konsesi ialah sepanjang hayat. Saya percaya dengan bayaran RM1, warga kota tidak kisah jika sepanjang hidupnya terpaksa membayar tol. Menjadikan bayaran tol sebanyak RM1 adalah satu tindakan popular. Munking kita tidak dapat keuntungan segera. Tetapi bayangkanlah berapa pendapatan yang bakal diperoleh oleh KWSP sepanjang hayatnya. Jumlah kenderaan sentiasa bertambah dari masa kesemasa. Dan keuntungan sentiasa dinikmati selamanya. Bagi saya yang bercakap dari logik akal ini, ianya memang menguntungkan KWSP dan mempopularkan BN.

Kenapa KWSP???
KWSP mempunyai dana yang besar sehinggakan ada permintaan dari pengurusan tertingginya yang meminta kerajaan untuk membenarkan membuat pelaburan diluar negara. Ini adalah kerana mereka memberikan alasan bahawa size dananya yang besar itu sudah tidak sesuai untuk dilaburkan dalam pasaran domestik. Jadi tidakkah dengan mengambil sebahagian daripada dana yang besar itu dan membayar cash kepada syarikat konsesi yang sedia ada adalah satu tindakan yang bijak?.
Semoga pakar ekonomi dapat memberikan komen terhadap cadangan saya ini.

Wednesday, April 9, 2008

FEBRILE FITS ( DEMAM SAWAN )

Sawan Ketika Demam

Pada ketika anak anda mengidap demam yang kuat (suhu badannya tinggi), kadangkala anak anda akan mengalami sawan (fits) yang dilihat sebagai gerakan pada tangan dan kaki yang berulang-ulang, tidak sedarkan diri mata yang terbuka melihat ke atas, air liur yang berbuih keluar dari mulutnya dan kadankala ia terkencing atau terberak. Dalam keadaan minima, hanya mata yang kelihatan terbuka ke atas atau salah satu dari keadaan yang diterangkan diatas. Tempohnya iadah selama kira-kirar 5 minit. Selepas sawan berakhir, kanak-kanak biasanya akan tertidur. Keadaan ini dipanggil `Febrile Fits`.
Apa Yang Menyebabkan Febrile Fits
`Febrile fits' ini disebabkan oleh keadaan dimana seorang kanak-kanak mempunyai tahap mendapat sawan yang lebih rendah berbanding biasa jika dia demam. Demam ini biasanya disebabkan oleh batuk selesema, sakit kerongkong ataupun apa jua seperti selepas suntikan immunisasi dan sebagainya. Ianya berlaku pada 10 % pada kanak-kanak yang berumur antara 3 bulan dan 5 tahun (satu daripada sepuluh kanak-kanak normal.) dan biasanya keadaan ini tidak membahayakan. Ia juga biasa berlaku jika adik-beradiknya yang lain juga mengalami febrile fits. Biasanya ia berlaku sekali dalam sehari kecuali demam kanak-kanak tersebut tidak terkawal.
Apa Yang Perlu Ibu Bapa Lakukan Ketika 'Febrile Fits'
Ketika berlaku 'Febrile Fits'. Pertamanya baringkan kanak-kanak meniarap dengan kepalanya menoleh ke sisi, jangan sampai hidungnya tertutup dengan kain/tilam. Ini adalah untuk mengelakkan dia dari tertelah air liurnya ke paru-paru (amat merbahaya). Jangan letakkan apa-apa benda di dalam mulut seperti sudu atau benda lain. Jauhkan dia dari tempat merbahaya seperti di tangga atau di dapur. Bawa kanak-kanak berjumpa doktor secepat mungkin untuk diberikan rawatan bagi demam kanak-kanak tersebut.
Bagaimana Mengelakkan Berlakunya 'Febrile Fits'
Jika adak anda pernah mengalami febrile fits, maka kemungkinan penyakit ini untuk berulang tetap ada, maka adalah penting untuk ibu-bapa mengelakkan ia daripada berlaku.
Jika kanak-kanak mengalami demam yang sangat tinggi:
1. Cuba sejukkan badan anak anda dengan memberikan ubat demam syrup atau pil.
2. Jika demam masih tinggi atau tiada ubat di rumah; buka pakaian anak anda dan letakkan di tempat yang berangin. dan lapkan dengan air paip (bukannya air sejuk peti ais) sehingga badannya kembali sejuk.
3. Dapatkan rawatan untuk demam anak anda dengan segera.
Tanda-tanda Merbahaya;
1. Anak tidak sedarkan diri lebih daripada setengah jam atau sawan lebih dari setengah jam. Sawan yang berlaku terlalu kerap.
2. Anak mengalami muntah-muntah yang teruk, sawan disamping demam.
3. Sawan hanya pada anggota tertentu, dan tidak seluruh badan.
4. Sawan ketika kanak-kanak tidak demam.
Kesan 'Febrile Fits' pada Kanak-kanak;
Kanak-kanak ini biasanya normal dan 'febrile fits' tidak mendatangkan apa-apa mudarat sewaktu dewasa. Walaupun kanak-kanak mungkin akan mendapat 'febrile fits' lagi tetapi tiada masalah lain dalam tumbersaran dan pelajaran.

Sunday, April 6, 2008

Q&A 2: RULE OF THE ROAD

Question:
When approaching a landfall the OOW sights a vessel aground at about 4 points of the compass, off the starboard bow. What action would be expected of the officer?

Answer:
The OOW on sighting the vessel aground would be expected to:
a) Stop the vessel immediately and take all way off the ship.
b) Advise the Master of the situation.
c) Obtain a chart assessment of the situation, to include own ship’s position and the position
at the position of the vessel aground. Note the extend of the shoal and the current under
keel clearance.
d) Switch on the echo sounder.
e) Established communication with station identification, with the vessel aground. (The ship would need to know the draught of the vessel aground and the time of the ship run aground.)

NB: It must be anticipated that the master would take the ‘con’ and navigate the vessel clear of the incident.

Ref : Seamanship Techniques (DJ House)

Q&A 1: RULE OF THE ROAD

Question:
When acting as the officer of the watch your vessel is approaching an area of reduced visibility. What actions would you expect to take on the bridge?

Answer:
The changing visibility condition would generate the following actions:
a) Place the engines of the vessel on ‘stand by’ and reduce the ship’s speed.
b) Advised the master of the reduced visibility condition.
c) Post extra lookout on stations.
d) Commence sounding fog signals.
e) Carry out systematic plotting of any radar targets.
f) Switch on the navigational lights.
g) Engaged the vessel in manual steering.
h) Close all water tight doors.
i) Place a position on the chart.
j) Enter a statement of actions into the log book.
k) Stop all loud working on deck.

NB: The company standing orders would normally have a checklist procedure for entering poor visibility. This would be followed to include all of the above.

Ref : Seamanship Techniques (DJ House)

Saturday, April 5, 2008

Politik Kampung

Barisan Nasional terengganu yang ditunjangi UMNO berjaya membentuk kerajaan setelah menang dalam pilihanraya umum yang ke 12 dengan 2/3 majoriti. Sekali gus menidakkan gelombang tsunami yang melanda pantai barat semenanjung Malaysia.
Bermulanya pembubaran parlimen, Terengganu dilihat bakal mendapat persaingan yang sengit apabila isu pemilihan calon mendominasi cakap cakap politik dari kedai kopi hinggalah ke serata tempat. Pengguguran seramai 16 orang calon untuk digantikan dengan muka muka baru amat mengejutkan semua pihak. Apatah lagi beberapa orang daripadanya adalah calon yang cukup berpengaruh seperti dato Man Bakar, Pok Rosli, Tengku Putera dan Dr Latif.
Isu isu ini dibincangkan dengan meluasnya didalam blogger dan akhbar tempatan. Dan saya tidak bercadang untuk mengupas panjang cerita yang boleh dikatakan sudah basi selepas berakhirnya PRU 12.
Walaubagaimanapun, saya ingin mengupasnya dari perspektif akar umbi iaitu scenario yang berlaku diperingkat kampung/cawangan akibat dari percaturan berani Mantan Menteri Besar Deris Jusoh.

Kerisauan petugas pilihanraya dan jentera kempen barisan nasional lebih ditumpukan kepada kerenah pengundi yang berada dalam kelompok Barisan Nasional itu sendiri. Ini menjadikan pertandingan kali ini adalah tiga penjuru iaitu BN team A (Calon), BN Team B ( Bekas Wakil Rakyat ) dan pembangkang. Suka juga dimaklumkan, pembangkang kali ini tidak mampu menyerlah dikawasan yang dikuasai UMNO. Mereka seolah mengaku kalah dari awal awal lagi. Lalu pertembungan dalam kempen Pilihanraya kali ini adalah antara team A dan team B sahaja. Cakap cakap yang merunsurkan kesetiaan kepada parti sudah terhakis. Faktor calon yang diletakkan sebagai 60% nampaknya menjadi kenyataan. Ini diakui sendiri oleh TPM dalam beberapa kenyataannya sebelum PRU-12.

Kata kata keramat untuk memujuk semua ahli/pengundi bersatu sukar untuk dilaksanakan. Ini adalah kerana pengundi sekarang sudah mempunyai tahap kefahaman dan pengamatan yang tinggi dalam semua segi. Mereka memantau sejak dari 2004 lagi. Adalah misi mustahil untuk mengubahnya dalam masa dua minggu berkempen. Antara isi pokoknya ialah:
Terima siapa sahaja calon yang sudah dipersetujui oleh pucuk pimpinan parti.
Isu ini menjadi perdebatan hangat antara team A dan team B.
Team A amat bertuah kerana calon pilihannya dipilih untuk mewakili BN. Persoalannya ialah adakah team A ini ikhlas dalam menentukan hala tuju parti dan kerajaan? Terfikirkah kita apa reaksinya jika calon pilihan mereka tidak terpilih?. Diperingkat kampung, ianya amat jelas bahawa perjuangan team A boleh dipertikaikan. Ini adalah kerana sikap tunggu dan lihat kumpulan mereka bagi menjalankan sesuatu aktiviti. Mereka tidak sanggup bekerja tanpa mengetahui siapa bakal calon bagi kerusi DUN dan Parlimen. Dan apabila calon pilihan mereka menjelma, cepat cepat mereka mencanangkan agenda perjuangan parti. Setia pada parti dan macam macam lagi. Perbuatan mereka amat diragui dan sesungguhnya kebenaran pasti menjelma.
Manakala bagi team B pula, mereka bekerja sebelum calon diumumkan lagi dan kesetiaan pada parti jelas kelihatan secara zahirnya. Cuba peranan yang dimainkan oleh team A dengan melemparkan pelbagai tuduhan tak berasas seperti melabelkan team B sebagai ‘golongan kecewa’ dan bakal mengundi pembangkang sungguh tidak bertanggungjawab. Lalu konflik yang berlaku ini berlarutan sehingga selesai urusan pilihanraya. Sedarlah, jumlah penduduk di sesebuah kampung adalah amat kecil bilangannya. Penduduk kampung tidak mampu lagi hidup berpuak puak apatah lagi berpuak dalam satu ideologi yang sama. Mendokong asas perjuangan yang sama.

Masihkah Kau Ingat

Masihkah kau ingat,
Anda kata saya tidak berbincang dengan ketua bahagian sebab tidak mahu banyak bersoal jawab dalam isu pemilihan calon.

Kata MB baru.....
Saya akan bincang dengan Deris bagi melantik barisan exco yang mantap.

Masihkah kau ingat,
Anda kata pemimpin bertukar ganti adalah perkara biasa dalam pilihanraya.

Kebenaran kata…
Terimalah keputusan MB bertukar ganti dengan terbuka.

Masihkah kau ingat…
Protes dari penyokong yang tidak dicalonkan hanyalah perkara biasa dan beberapa hari sahaja.

Orang Melihat……
Kenapa protes anda terhadap perlantikan MB baru berlarutan berminggu minggu lamanya.

Masihkah kau ingat……
Calon ketua bahagian yang digugurkkan itu adalah kawan kawan saya dan mereka boleh terima.

Ketua bahagian kata…..
Kami terima dengan rela calon MB baru dan tolak MB lama.

Masihkah kau ingat
Apa perasaan anda apabila jawatan MB tidak dilantik semula

Calon gugur bertanya…..
Apa perasaan mereka apabila nama mereka tidak dicalonkan semula

Masihkah kau ingat
Pendokong UMNO mendesak Lim Kit Siang memohon maaf kepada Sultan kerana biadap dalam tindakan.

Orang melihat........
Bila lagi 22 adun terengganu bakal didesak perkara yang sama oleh pendokong UMNO.


Masihkah kau ingat
UMNO menerbitkan risalah ‘Masihkah kau Ingat’ untuk menumbangkan PAS di terengganu.


Pemerhati melihat....
Ianya berjaya. Dan marilah kita sama sama membawa slogan ‘masihkah kau ingat’ ini sebagai inspirasi untuk memulihkan martabat parti. Untuk menyatupadukan kembali ahli parti. Dan yang penting cukuplah gunakan slogan ‘Masihkah kau ingat’ pada pihak lawan. Marilah sama sama kita gunakan slogan ini untuk menyelesaikan masalah dalam parti kita sendiri. Semoga UMNO akan terus relevan untuk selamanya.

Sebagai penulis, saya amat tertarik dengan kata kata mantan MB.
“Apa yang berlaku ini ada hikmahnya”

RUMAH TUMPANGAN SEAZALL - Ruang Menonton







RUMAH TUMPANGAN SEAZALL - Ruang Makan







Thursday, April 3, 2008

ADUHAI.....

Aduhai....
Kenapalah blog saya ini tak boleh di access.
Beginilah masalahnya apabila buat blog tanpa rujuk pada yang pakar.
Apapau suatu hari pasti berjaya.